Seniman harus berani bersuara: Art Fazil
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seniman harus berani bersuara dalam karya mereka walaupun dianggap melawan arus.
Demikian tekad dan pendapat Art Fazil, penyanyi dan pemuzik Singapura yang pernah menamakan dirinya 'Always Rebelious Teenager'.
Beliau menambah bahawa “bersuara” itu membuktikan wujudnya demokrasi yang matang di Singapura.
Art berkongsi pendapat dan perjalanan seni beliau selama lebih tiga dekad dalam rancangan podcast terbaru KitorangSG terbitan unit ehwal semasa BERITA Mediacorp.
Siri podcast KitorangSG akan mula disiarkan pada Rabu (23 Jul).
Ia akan disiarkan menerusi laman Berita Mediacorp https://berita.mediacorp.sg/tonton dan www.youtube.com/@beritamediacorp503.
Podcast KitorangSG turut tersedia menerusi wadah Melisten, Spotify dan Apple Podcast.
KARYA KRITIKAN SOSIAL
Dalam temubual selama sejam dengan hos Nurhelmy Hakim dan Ruzaini Rashid, Art Fazil – dengan nama sebenear Fazil Sultan - mendedahkan bahwa lagu-lagu kumpulan Rausyanfikir yang beliau pernah anggotai memang bertujuan mengkritik masyarakat.
Rausyanfikir ditubuhkan pada 1991 dan mempunyai tiga album.
Selain Art, Rausyanfikir turut dijayakan oleh dua lagi pemuzik muda ketika itu - Mohd Khair Mohd Yasin and Mohd Esham Jamil(1967-1997).
Mereka mengeluarkan modal sendiri untuk menggubah dan merakamkan lagu-lagu yang boleh dianggap sebagai satu kritikan sosial.
Ketika itu, Rausyanfikir dilihat sebagai peniup semangat kepada masyarakat Melayu khususnya di Singapura yang sedang bergelut dengan masalah sosial dan mengorak langkah ke arah kemajuan yang diidamkan.
"Ia adalah sesuatu yang harus keluar harus disuarakan. Masa Rausyanfikir menghasilkan album pertama, kita keluarkan duit sendiri. Kita berani melawan arus kerana percaya ada keperluan menghasilkan lagu-lagu bersifat sosial," kongsi Art.
Art menambah mereka bukan sahaja peka dengan perkembangan setempat tetapi juga melihat kepada lensa yang lebih meluas.
Sebagai contoh, lagu mereka yang berjudul Satu Suara terlahir kerana pada tahun tersebut tarikh sambutan Aidilfitri berlainan bagi Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Beliau berkata: "Lagu itu memang sebenarnya bukan sahaja mengenai Singapura. Memang kita melihat dari sudut Singapura tetapi sebenarnya lebih kepada Nusantara.
"Dan Rausyanfikir dan saya sendiri memang melihat daripada konsep Nusantara. Singapura hanyalah rumah tapi serambi kita adalah Nusantara. Rumah kita ini adalah kawasan kita ini. Kawasan taman kita, serambi kita semua Nusantara."
KITORANGSG SEMPENA SG60
Podcast KitaorangSG merupakan prakarsa BERITA Mediacorp sempena SG60.
Ia bertujuan mengajak masyarakat untuk menyusur bersama perjalanan beberapa orang rakyat Singapura.
Setiap daripada mereka mempunyai kisah perjuangan sendiri yang mencorak kehidupan di Singapura sejak 60 tahun lalu.
Antara yang akan tampil dalam podcast KitorangSG ialah Pengasas Bersama Lepak Conversations Yulianna Fredrika, Jurulatih Terbaik Anugerah Bola Sepak Malaysia Aidil Shahrin dan pengamal ruqyah syariah, Ustaz Ruknuddin Zainor.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.