Skip to main content

Singapura

Senarai saranan baharu dibentang bagi bantu syarikat tarik pekerja, kekalkan bakat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Oct 2024 06:54PM Dikemas Kini : 11 Oct 2024 12:32AM
SINGAPURA: Kini ada satu senarai saranan baharu bagi membantu para majikan menarik dan mengekalkan bakat.

Antaranya, dengan membantu syarikat-syarikat menerapkan amalan pengambilan pekerja yang mengutamakan kemahiran, dan bukan kelayakan akademik semata.

Ia juga menyediakan panduan bagaimana para majikan boleh mereka semula pekerjaan untuk menarik minat golongan seperti warga emas, para belia serta suri rumah.

Pelbagai saranan itu dibentangkan di forum tahunan untuk para karyawan Sumber Manusia (HR).

Satu lagi tumpuan utama adalah membangun pendekatan berdasarkan kemahiran agar para pekerja dapat beralih dengan mudah dalam syarikat mereka sekarang.

Pelbagai saranan tersebut diterbitkan oleh Perikatan untuk Bertindak (AfA).

Ia dibentuk oleh Kementerian Tenaga Manusia dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEC).

Tujuannya, meningkatkan daya saing bakat memandangkan tenaga manusia yang semakin terhad di Singapura ekoran penduduk semakin menua.

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad berkata: "Seterusnya, kami sedang meneroka cara-cara lain untuk bantu para pekerja mengenal pasti kemahiran mereka, serta menonjolkannya kepada majikan dengan lebih baik.

"Kami juga akan meningkatkan sokongan kepada majikan dengan data kemahiran lebih lengkap bagi memudahkan pembangunan kemahiran tenaga kerja mereka serta pengambilan pekerja berdasarkan kemahiran. "
Sumber : CNA/IQ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita