Senarai jualan online bagi perasa popular Trader Joe's diturunkan atas arahan CNB
Anggaran Waktu Membaca:
Perencah Trader Joe's Everything But The Bagel Sesame. (Gambar fail: Trader Joe's)
SINGAPURA: Lebih 20 senarai jualan online bagi bahan perasa popular Trader Joe's Everything But The Bagel di Singapura diturunkan atas arahan Biro Narkotik Pusat (CNB), menurut agensi itu pada Rabu (12 Ogos).
Campuran bahan perasa yang popular itu mengandungi biji popi, yang dikategorikan sebagai barang terlarang di Singapura.
Dalam maklum balas kepada pertanyaan Mediacorp, CNB menyatakan bahawa pihak mereka sedang menyiasat laporan mengenai produk itu yang dijual secara online dan akan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk menghentikan penjualannya.
Biji popi dilarang kerana ia berasal daripada tumbuhan candu dan boleh mengandungi kesan dadah terkawal.
Mana-mana syarikat atau individu yang mahu mengimport biji popi atau makanan yang mengandungi biji popi ke Singapura mesti memohon kepada CNB dan menyerahkan sampel kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk diuji, tambah biro itu lagi.
Sekiranya disahkan bebas daripada sebarang bahan terkawal seperti dadah jenis opioid (morfin atau kodein), CNB akan memberikan kelulusan yang membenarkan produk tersebut diimport.
"CNB ingin mengingatkan para pengimport dan penjual bahawa sebarang produk atau makanan yang mengandungi dadah terkawal, walaupun dalam jumlah yang sangat sedikit, tidak boleh diimport untuk dijual."
Pihak biro juga menasihatkan sesiapa yang sudah membeli Trader Joe's Everything But The Bagel supaya tidak memakannya dan segera membuangnya.
"Singapura mengamalkan dasar ketat tanpa kompromi terhadap dadah terkawal. Memiliki, memakan, mengimport, mengeksport, memproses, dan memproses atau mengedar sebarang dadah terkawal, walaupun dalam jumlah yang sangat sedikit, adalah satu kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah," menurut CNB.
Bahan perasa itu dilancarkan pada tahun 2017 oleh Trader Joe's, sebuah rangkaian kedai runcit dari Amerika Syarikat. Selain biji popi, ia turut mengandungi bijirin bijan, bawang putih, bawang besar, dan garam.
Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk pelbagai hidangan, perasa ini menjadi tular selepas ia dilancarkan dan turut dijual semula di platform peruncitan seperti Amazon di Amerika Syarikat.
Pada tahun-tahun berikutnya, produk ini juga menjadi buah tangan yang popular dalam kalangan pelancong.
Akhbar The Korea Herald melaporkan pada 4 Ogos bahawa polis Korea Selatan menyekat penjualan produk berkenaan selepas mendapati ia mengandungi morfin dan kodein.
Pihak berkuasa Korea Selatan mengambil maklum bahawa sesetengah penjual membawa perasa itu masuk ke negara berkenaan sebagai buah tangan dari luar negara sebelum menjualnya semula.
Pemeriksaan oleh Mediacorp pada Jumaat lalu mendapati produk tersebut disenaraikan di platform online Carousell dan Lazada. Sekalipun demikian, pemeriksaan minggu ini mendapati tiada lagi senarai jualan yang tinggal.
Dalam jawapan kepada Mediacorp, pihak Carousell memberitahu bahawa syarikat itu mengenal pasti 82 senarai jualan bagi produk Trader Joe's tersebut.
"Menyusuli notis daripada Biro Narkotik Pusat pada Sabtu, kami telah serta-merta mengalih keluar senarai jualan yang dikenal pasti pada hari yang sama dan mengeluarkan amaran kepada penjual yang terlibat," menurutnya pada Isnin (10 Ogos).
Pihak Carousell juga sedang menjalankan "pembersihan secara aktif" menggunakan kata kunci berkaitan untuk mengenal pasti dan menurunkan senarai jualan lain bagi produk tersebut.
"Oleh kerana kawal selia kami berlaku selepas sesuatu barangan disenaraikan, pengguna mungkin melihat senarai jualan baharu buat sementara waktu sebelum sistem kawal selia kecerdasan buatan (AI) kami mengesannya," menurut Carousell, sambil menambah bahawa pengguna juga boleh melaporkan senarai jualan sedemikian menggunakan fungsi "laporkan".
Ia juga menegaskan bahawa pihak syarikat mengambil pandangan serius terhadap penjualan barangan terlarang, termasuk "bahan makanan minuman yang mengandungi bahan terlarang atau bahan yang melebihi kadar yang dibenarkan".
"Carousell akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi berkaitan dan pihak berkuasa mengikut kesesuaian, serta mengambil kira peraturan tempatan dan nasihat daripada pihak berkuasa bagi membantu mengekalkan platform jualan yang selamat dan dipercayai untuk pengguna kami."
Platform e-dagang Lazada memberitahu Mediacorp pada Selasa bahawa pihaknya menurunkan senarai jualan produk Trader Joe's itu pada 8 Ogos, dan kini terus memantau senarai jualan yang serupa.
"Pengguna juga boleh melaporkan sebarang senarai jualan yang mencurigakan secara terus kepada Lazada untuk kami semak dan ambil tindakan sewajarnya," menurut syarikat itu.

Sumber : CNA/NK/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.