Senarai institusi perubatan yang sah keluarkan cuti sakit bakal disemak
Akta Pekerjaan akan dikemas kini, dengan hospital-hospital masyarakat bakal disertakan dalam senarai institusi perubatan yang diluluskan untuk mengeluarkan cuti sakit selepas dibenarkan keluar hospital.

Hospital masyarakat bakal disertakan dalam senarai institusi perubatan yang diluluskan untuk mengeluarkan cuti sakit.
SINGAPURA: Akta Pekerjaan akan dikemas kini, dengan hospital-hospital masyarakat bakal disertakan dalam senarai institusi perubatan yang diluluskan untuk mengeluarkan cuti sakit selepas dibenarkan keluar hospital.
Buat masa ini, institusi-institusi ini tidak termasuk dalam akta tersebut meskipun ia merawat pesakit yang tidak sakit teruk tetapi memerlukan jagaan kesihatan bagi tempoh lebih panjang.
Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo mengumumkan demikian di Parlimen hari ini (10 Sep) sambil menambah pihak kementerian akan menimbangkan cuti sakit yang dikeluarkan oleh pengamal Perubatan Tradisional Cina yang diluluskan.
Cik Teo menarik perhatian bahawa hospital-hospital masyarakat merawat para pesakit yang dirujuk oleh hospital-hospital akut.
Cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital-hospital akut tetap sah di bawah Akta Pekerjaan, meskipun pesakit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital masyarakat.
"Kami difahamkan hanya segelintir pesakit dimasukkan secara langsung ke dalam hospital masyarakat tanpa dirujuk oleh sebuah hospital akut," kata Cik Teo.
Maka itu, Kementerian Tenaga Manusia merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengemas kini senarai tersebut di samping berunding dengan rakan-rakan tiga pihak sebelum memuktamadkannya."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.