Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua warga S'pura, M'sia boleh guna VTL darat mulai 20 Dis

Skim Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) Singapura-Malaysia melalui Koswe akan diperluaskan bagi membolehkan lebih banyak kumpulan penduduk melakukan perjalanan antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua warga S'pura, M'sia boleh guna VTL darat mulai 20 Dis

(Gambar hiasan: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 14 Dec 2021 05:10PM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 05:31PM

SINGAPURA: Skim Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) Singapura-Malaysia melalui Koswe akan diperluaskan bagi membolehkan lebih banyak kumpulan penduduk melakukan perjalanan antara kedua-dua negara.

Mulai 20 Dis, warga Singapura boleh memasuki Malaysia, begitu juga bagi rakyat Malaysia ke Singapura, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan media pada Selasa (14 Dis).

Tambah MTI, protokol ujian semasa di Singapura dan Malaysia tidak berubah.

Semua pelawat yang memasuki Singapura perlu mematuhi protokol ujian sedia ada dan langkah pengurusan selamat, termasuk menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) COVID-19 setiap hari selama tujuh hari. Ujian ART itu boleh dilakukan sendiri, tetapi pada hari ketiga dan ketujuh, ujian itu harus dilakukan di bawah pengawasan di pusat ujian.

Fasa pertama VTL darat antara Singapura dan Malaysia bermula hujung bulan lalu, pada hari yang sama dengan VTL udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Terdapat 32 perjalanan bas setiap perjalanan merentasi Koswe setiap hari. Setiap bas tersebut boleh membawa sehingga 45 penumpang bagi setiap perjalanan.

Ini bermakna kuota harian bagi skim VTL darat adalah kira-kira 2,900 pelawat secara keseluruhan, dengan 1,440 penumpang setiap perjalanan.

Perkhidmatan tersebut dikendalikan dua syarikat. Transtar Travel mengendalikan 32 perjalanan harian yang ditetapkan - 16 perjalanan dari Malaysia dan 16 perjalanan dari Singapura - antara Pusat Pertukaran Bas Sementara Woodlands di Singapura dan Terminal Bas Larkin Sentral di Johor Bahru.

Handal Indah juga mengendalikan 32 perjalanan harian antara Terminal Bas Larkin Sentral dan Terminal Queen Street di Singapura.

Bagaimanapun, di bawah aturan awal VTL darat, pelawat mestilah warganegara, penduduk tetap atau pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki.

Oleh itu, kemasukan ke Singapura melalui VTL darat dihadkan kepada warga Singapura, penduduk tetap Singapura dan pemegang pas jangka panjang Singapura.

Kemasukan ke Malaysia melalui VTL darat pula adalah bagi rakyat Malaysia, pemegang tetap Malaysia dan pemegang pas jangka panjang Malaysia.

Singapura sedang bersiap sedia untuk meningkatkan kapasiti penjagaan kesihatan di tengah-tengah potensi lonjakan COVID-19 varian Omicron.

Bekerja dari rumah bukan lagi satu aturan pilihan mulai 1 Jan, sehingga 50 peratus pekerja dibenarkan kembali ke tempat kerja. 

Sumber : CNA/SU/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan