Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua syarikat telko tempatan, bank, digesa daftar bagi pendaftaran antiperdayaan

Pihak berkuasa Singapura sedang berusaha mendapatkan semua syarikat telekomunikasi, bank dan 'aggregator' SMS di Singapura untuk dimasukkan dalam satu sistem pendaftaran kebangsaan yang membolehkan perniagaan menyekat mesej palsu skim penipuan daripada dihantar kepada pelanggan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura sedang berusaha mendapatkan semua syarikat telekomunikasi, bank dan 'aggregator' SMS di Singapura untuk dimasukkan dalam satu sistem pendaftaran kebangsaan yang membolehkan perniagaan menyekat mesej palsu skim penipuan daripada dihantar kepada pelanggan.

Mediacorp difahamkan bahawa ini akan dijadikan satu syarat bagi syarikat-syarikat dan pertubuhan, sebagai sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan yang diumumkan sebelum ini untuk mengatasi skim penipuan seperti penipuan pancingan data baru-baru ini yang melibatkan Bank OCBC.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, jurucakap dari Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan dalam satu kenyataan media bersama pada Khamis (20 Jan) bahawa mereka akan "melancarkan pendaftaran ini kepada semua syarikat telko, aggregator SMS dan bank yang menggunakan khidmat SMS bagi pelanggan runcit".

"Serangan penipuan melibatkan bank yang semakin menjadi-jadi menekankan perlunya bagi sistem pertahanan yang kukuh di peringkat ekosistem terhadap serangan perdayaan," menurut kenyataan itu.

Sistem pendaftaran dipanggil pendaftaran perlindungan Singapore SMS SenderID, kini di fasa perintis sejak Ogos lalu.

Menyusuli penipuan pancingan data melibatkan OCBC, terdapat seruan untuk mewajibkan penyertaan syarikat dalam pendaftaran itu.

Setakat Khamis (20 Jan), lebih 2,100 individu sudah menandatangani petisyen online bagi menggesa IMDA supaya menjadikan satu keperluan bagi semua pertubuhan di Singapura mendaftar dengan pihak berkuasa sebelum dibenarkan menghantar SMS dengan ID penghantar.

Pada awal minggu ini, IMDA turut menggesa lebih banyak pertubuhan supaya mendaftar.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan