Skip to main content

Singapura

Semua stesen MRT bakal jadi tempat rujukan golongan demensia jelang hujung 2022

Menjelang hujung tahun ini, semua stesen MRT akan dijadikan tempat rujukan bagi golongan demensia.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Feb 2022 07:12PM Dikemas Kini : 27 Feb 2022 08:58PM

SINGAPURA: Menjelang hujung tahun ini, semua stesen MRT akan dijadikan tempat rujukan bagi golongan demensia.

Ini bermakna orang awam boleh membawa pesakit demensia yang tersesat ke stesen-stesen MRT untuk dibantu.

Buat masa ini, 3,000 kakitangan SMRT di 46 stesen MRT dan empat pusat tukaran bas dilatih untuk membantu golongan demensia apabila dirujukkan kepada mereka.

Sejak dua tahun lalu, SMRT membantu menyatukan semula lebih 180 pesakit demensia yang tersesat dengan keluarga mereka.

Gerakan itu adalah sebahagian daripada usaha yang dipimpin Agensi bagi Jagaan Bersepadu untuk mewujudkan negara yang mesra golongan demensia.

Dianggarkan, 10 peratus warga tua negara ini mengalami demensia.

Jumlahnya dijangka mencapai sekitar 130,000 orang menjelang tahun 2030.

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita