Semua pusat hiburan malam di Orchard Towers sudah hentikan operasi kecuali satu: Polis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setakat Selasa (1 Ogos), kesemua pusat hiburan malam di Orchard Towers telah menghentikan operasinya, kecuali satu pusat yang telah memfailkan rayuan, nyata polis.
Satu-satunya pusat tersebut telah memfailkan rayuan berkanun kepada Lembaga Rayuan Hiburan Awam (PEAB), untuk mendapatkan tempoh lanjutan sementara selama dua bulan bagi lesen hiburan awamnya daripada lembaga tersebut.
Lesen pusat tersebut akan sah sehingga 30 September 2023, atau sehingga PEAB membuat keputusannya, yang mana lebih awal.
Polis menyatakan pada tahun lalu bahawa ia tidak akan memberi atau memperbaharui lesen bagi pusat hiburan awam di Orchard Towers, melampaui 31 Mei 2023 sebagai sebahagian daripada "usaha berterusan (pemerintah) untuk menguruskan keadaan yang teratur dan tenteram dan permasalahan" di bangunan tersebut.
Selepas mempertimbangkan rayuan oleh sebilangan pengendali perniagaan dan Persatuan Perniagaan Pusat Hiburan Malam Singapura, polis bersetuju untuk melanjutkan lesen hiburan awamnya selama dua bulan bagi "memudahkan peralihan mereka ke aturan alternatif".
Pengendali-pengendali perniagaan itu juga dimaklumkan bahawa terdapat tiada lagi pembaharuan semula lesen hiburan awam mereka selepas tarikh akhir lanjutan itu, yang diberikan pada bulan Julai.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.