Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua projek BTO terjejas pandemik dijangka siap dalam masa 6 bulan: HDB

Anggaran Waktu Membaca:
Semua projek BTO terjejas pandemik dijangka siap dalam masa 6 bulan: HDB
Diterbitkan : 02 Sep 2024 05:39PM Dikemas Kini : 02 Sep 2024 07:07PM

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan kesemua projek Bina-Ikut-Tempahan (BTO) yang ditangguhkan ketika pandemik akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan akan datang.

Ia menambah 94 peratus blok yang terjejas sudahpun siap.

Salah satunya adalah Alkaff Breeze di Bidadari.

Ia merupakan projek perumahan pertama yang diselesaikan tanpa sebarang penangguhan tahun ini, dan menyempurnakan siri flat-flat baharu yang dilancarkan di daerah Alkaff.

Satu lagi projek adalah Tampines GreenGem, yang pertama untuk disiapkan di Tampines South.

Dengan lebih 10,000 unit yang didirikan setakat ini, HDB menyatakan bahawa ia berada pada landasan yang betul untuk menyelesaikan pembinaan 18,000 unit flat pada tahun ini.

Seorang penganalisis berkata bekalan yang meningkat berkemungkinan dapat membantu memastikan harga jualan yang sederhana dalam jangka masa panjang, dengan kesan jangka masa pendek paling memberikan kesan kepada pasaran sewa.

Ketua Penyelidik & Pakar Strategi, Kumpulan OrangeTee Christine Sun berkata: "Apabila terdapat lebih banyak rumah flat yang sedang disiapkan dan sedia untuk diduduki, ini bermakna bilangan penduduk tempatan yang akan menyewa juga berkemungkinan akan terus menurun.

"Jadi itu juga bermakna segmen pasaran tertentu boleh terjejas, seperti contohnya, pasaran sewa HDB. Namun, dari segi permintaan dan harga jualan semula, kami tidak nampak kesan segera. Ini kerana untuk rumah flat yang bari siap ini, MOP selama lima tahun diperlukan sebelum ia boleh dijual semula."

Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan