Semua pelawat asing yang masuk S'pura dari negara berisiko tinggi, perlu ambil ujian PCR COVID-19
Bermula Selasa depan (17 Nov), para pelawat bukan rakyat atau penduduk tetap Singapura dari negara berisiko tinggi yang mahu memasuki Singapura perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas.
(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Bermula Selasa depan (17 Nov), para pelawat bukan rakyat atau penduduk tetap Singapura dari negara berisiko tinggi yang mahu memasuki Singapura perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas.
Ujian tersebut perlu dilakukan dalam masa 72 jam sebelum berlepas ke Singapura.
Ia sebagai sebahagian rancangan Singapura untuk mengurangkan kes import yang positif COVID-19 dari negara-negara dan wilayah yang berisiko tinggi.
Bagaimanapun, para pelawat dari negara berisiko rendah dikecualikan daripada syarat tersebut. Ini termasuk mereka dari: Brunei, New Zealand, Vietnam, Australia, Tanah Besar China, Macao, Malaysia (kecuali Sabah), Taiwan dan mereka dari Hong Kong yang bukan di bawah Perjalanan Udara Singapura-Hong Kong.
Pengerusi bersama Jawatankuasa Bertindak Berbilang Kementerian
(MTF), Encik Lawrence Wong mengulas mengenai cara sempadan Singapura dikawal ketat.
"Mereka yang tidak lulus ujian COVID-19 tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura. Walaupun mereka lulus ujian dan tiba di Singapura, mereka masih perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan mereka akan diuji sekali lagi setelah tamat tempoh SHN.
"Jadi ini adalah keperluan baru bagi memastikan kita mengawal ketat sempadan kita, sedang kita membuka pintu kepada negara-negara lain," ujar Encik Lawrence Wong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.