Semua pekerja SG boleh mohon aturan kerja fleksibel mulai 1 Dis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semua majikan mesti mempunyai proses untuk pekerja membuat permohonan rasmi bagi aturan kerja fleksibel mulai Disember apabila garis panduan perikatan tiga pihak berkuat kuasa kelak.
Garis panduan wajib itu menyatakan bahawa para majikan harus memaklumkan keputusan mereka dalam masa dua bulan selepas menerima permintaan untuk aturan kerja fleksibel.
Sekalipun pihak majikan mempunyai hak untuk menolak permintaan sedemikian, keputusan itu harus disokong dengan alasan perniagaan yang munasabah seperti pertimbangan kos atau daya penghasilan. Garis panduan itu juga menetapkan alasan yang dianggap tidak munasabah untuk menolak permintaan sedemikian.
Garis panduan itu dilancarkan pada Isnin (15 Apr) selepas pemerintah menerima semua saranan yang diusulkan oleh kumpulan kerja perikatan tiga pihak, sekitar lapan bulan selepas ia ditubuhkan untuk meneliti isu aturan kerja fleksibel.
Menjelaskan keperluan untuk menetapkan garis panduan itu, Menteri Negara Tenaga Manusia Gan Siow Huang menarik perhatian kepada pasaran buruh Singapura yang ketat dan tenaga kerja yang semakin menua, dengan lebih ramai orang memainkan peranan sebagai penjaga.
Aturan kerja yang fleksibel akan membolehkan lebih ramai penjaga dan warga emas untuk terus bekerja jika mereka mahu berbuat demikian, katanya di sebuah acara pelancaran.
“Saya secara peribadi merasakan ia bukan pilihan yang boleh kita buat. Jika kita mahu mempunyai tenaga buruh yang kuat di Singapura, kita perlu memperkasakan orang dewasa di Singapura yang ingin bekerja untuk terus bekerja, aturan kerja yang fleksibel perlu menjadi cara untuk mencapai matlamat itu,” katanya.
Menjelang 2030, sekitar satu daripada empat rakyat Singapura akan berusia 65 tahun ke atas. Tahun lalu, kadar pengambilan pekerja warga emas berusia 65 tahun ke atas adalah 30.6 peratus.
Pelibatan wanita dalam tenaga kerja meningkat kepada 76.6 peratus pada tahun lalu. Tetapi kira-kira 260,000 wanita yang layak bekerja tidak berkhidmat dalam pasaran buruh.
Salah satu sebab utamanya ialah tanggungjawab menjaga warga tua, kata Cik Yeo Wan Ling, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Pengarah U Women and Family dan U SME.
Kumpulan kerja perikatan tiga pihak itu dipengerusikan bersama oleh Cik Gan, Cik Yeo dan Encik Edwin Ng, Setiausaha Kehormat Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF).
Kumpulan kerja itu mendapatkan pandangan pelbagai pihak berkepentingan termasuk syarikat, persatuan perdagangan dan kesatuan sekerja. Pertubuhan-pertubuhan masyarakat yang meneliti isu-isu yang melibatkan wanita, bapa dan warga emas turut dirujuk.
Ditanya mengapa kumpulan kerja itu memutuskan untuk memperkenalkan garis panduan wajib tersebut dan bukan undang-undang, Cik Gan berkata ia perlu mengambil pendekatan "progresif" kepada aturan kerja fleksibel.
“Kami percaya bahawa dalam masa beberapa tahun akan datang, adalah lebih penting untuk kami memberi tumpuan kepada usaha membolehkan dan melengkapkan tempat kerja dan majikan, serta pekerja juga, supaya aturan kerja fleksibel dapat dilaksanakan dengan cara yang mampan dan saling memanfaatkan semua pihak," jelas beliau.
Beliau juga berkata bahawa garis panduan itu mestilah "mudah dilaksanakan dari segi pentadbiran" dan boleh dilaksanakan oleh pihak syarikat, agar ia diwajibkan ke atas semua majikan.
Ditanya apa yang akan berlaku jika syarikat-syarikat perniagaan tidak mematuhi garis panduan itu, Cik Gan menegaskan bahawa majikan perlu "berdaya saing" dan "progresif" agar tidak kehilangan peluang untuk menggajikan bakat yang sesuai.
APA YANG DIRANGKUMI DALAM GARIS PANDUAN
Garis panduan tersebut berkuat kuasa pada 1 Dis dan diguna pakai bagi semua majikan dan pekerja, yang sudah selesai menjalani tempoh probesyen.
Ia bermatlamat untuk memudahkan pekerja memohon aturan kerja fleksibel, sambil "mengakui bahawa majikan masih mempunyai hak untuk memutuskan aturan kerja", menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataan medianya.
Lantaran itu, mereka mengawal proses untuk memohon aturan kerja fleksibel, tetapi bukan hasil permohonan. Ini sama dengan negara-negara lain yang menggubal hak untuk memohon aturan kerja fleksibel, kata kumpulan kerja perikatan tiga pihak itu.
Garis panduan tersebut menakrifkan tiga jenis aturan kerja fleksibel:
Ia tidak merangkumi permohonan tidak rasmi, seperti aturan ad hoc untuk datang ke tempat kerja lewat pada hari tertentu.
Amalan rasmi dan tidak rasmi yang sedia ada harus diteruskan jika ia masih memanfaatkan majikan dan pekerja, jelas garis panduan tersebut.

- Aturan "Flexi-place" di mana pekerja boleh bekerja dari lokasi di luar pejabat. Ini termasuk telekomunikasi dan bekerja dari rumah.
- Aturan "Flexi-time" di mana pekerja boleh bekerja pada masa yang berbeza tanpa perubahan pada jumlah waktu kerja dan beban kerja. Ini termasuk waktu berperingkat, syif fleksibel dan jadual kerja padat.
- Aturan "Flexi-load" di mana pekerja boleh memikul beban kerja yang berbeza dengan ganjaran yang setimpal. Ini termasuk perkongsian kerja dan kerja sambilan.
Ia tidak merangkumi permohonan tidak rasmi, seperti aturan ad hoc untuk datang ke tempat kerja lewat pada hari tertentu.
Amalan rasmi dan tidak rasmi yang sedia ada harus diteruskan jika ia masih memanfaatkan majikan dan pekerja, jelas garis panduan tersebut.
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.