Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua operasi pemindahan pankreas, buah pinggang yang dilakukan serentak buahkan hasil

Pakar-pakar mengatakan kesemua pesakit yang sudah menjalani pemindahan pankreas dan buah pinggang secara serentak, atau pembedahan SPK, mencapai kejayaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Dec 2021 09:19PM Dikemas Kini : 11 Dec 2021 09:33PM

SINGAPURA: Berita gembira bagi para pesakit kencing manis dan buah pinggang atau ginjal.

Pakar-pakar mengatakan kesemua pesakit yang sudah menjalani pemindahan pankreas dan buah pinggang secara serentak, atau pembedahan SPK, mencapai kejayaan.

Mereka kini tidak memerlukan lagi rawatan suntikan insulin ataupun dialisis.

Salah satu kes kejayaan adalah Encik Halim Anuwar, 39 tahun.

Encik Halim merupakan pesakit pertama di Singapura yang menjalani pembedahan SPK sejak Program Pemindahan Pankreas Nasional dimulakan pada bulan April lalu.

Beliau menghidapi kencing manis Jenis 1 selama lebih separuh hayatnya. Pankreasnya tidak dapat menghasilkan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dan ini antara lain membuat buah pinggangnya gagal berfungsi.

Namun, ginjal dan pankreas baru yang diterimanya melalui pembedahan SPK membuat kesihatannya bertambah stabil.

Ini bermakna dia tidak lagi memerlukan rawatan insulin atau menjalani sesi dialisis setiap malam.  

Sumber : CNA/IA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan