Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua NSF bakal terima kenaikan elaun sehingga S$200

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 May 2023 12:33PM Dikemas Kini : 29 May 2023 10:09PM

SINGAPURA: Semua anggota Perkhidmatan Negara (NS) dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menerima kenaikan elaun NS antara S$125 hingga S$200.

Kenaikan itu bergantung kepada pangkat serta bidang tugas mereka, dan ia akan berkuat kuasa 1 Julai, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Isnin (29 Mei).

"Dengan perubahan ini, anggota perkhidmatan negara akan menyaksikan elaun NS mereka naik antara 10.9 peratus hingga 21.7 peratus," tambah kedua-dua kementerian itu.

Seorang Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) yang memegang pangkat rekrut atau pelatih akan menerima elaun sebanyak S$755, iaitu suatu peningkatan daripada jumlah S$630 sekarang.

Seorang penyelam tentera laut NSF SAF, anggota pasukan taktikal polis NSF SPF atau bomba NSF SCDF yang memegang pangkat Koperal pula akan menerima elaun NS bulanan sebanyak S$1,250 berbanding S$1,050 sekarang.

Anggota NSF menerima kenaikan elaun 5 peratus bagi setiap 12 bulan mereka berkhidmat dalam pangkat tersebut.

Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen)menerima kenaikan elaun 5 hingga 10 peratus jika mereka menyelesaikan kegiatan NS dengan memuaskan pada tahun kerja sebelumnya, menurut MINDEF dan MHA.

N

Elaun NS yang disemak itu termasuk elaun bidang tugas minimum sebanyak S$75. Elaun tambahan yang diberikan kepada mereka dalam bidang-bidang tugas tertentu, seperti peranan tempur, dikecualikan daripada jadual di atas.

Elaun NS sudah melalui tiga penyesuaian sejak 10 tahun lalu. Kali terakhir ia disesuaikan adalah pada Mac 2020 apabila elaun dinaikkan sebanyak S$70 kepada S$120, menurut kedua-dua kementerian tersebut.

"Elaun NS, yang menyokong NSF sepenuh masa dan perbelanjaan peribadi asas mereka, disemak dan disesuaikan dari semasa ke semasa untuk memastikan ia kekal memadai," tambahnya.
 

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan