Semua Majlis Bandaran terima rating tertinggi dalam urusan estet untuk tahun kedua berturut-turut
Anggaran Waktu Membaca:
Flat HDB di Singapura. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Kesemua 17 majlis bandaran mendapat rating "hijau" - iaitu gred paling unggul - melibatkan empat kategori dalam laporan pengurusan estet terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Jumaat (13 Jun). Ini adalah kali kedua penilaian itu dicapai dalam dua tahun berturut-turut.
Laporan tersebut meliputi tahun kewangan dari April 2024 hingga Mac 2025. Pilihan Raya Umum (GE) Singapura berlangsung pada 3 Mei.
Hijau adalah rating tertinggi, diikuti oleh kuning jingga dan merah, dan Majlis Bandaran dinilai berdasarkan kebersihan estet, penyelenggaraan estet, prestasi lif, serta pengurusan tunggakan bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC).
MND menyatakan pada Jumaat bahawa ia tidak akan menerbitkan laporan pengurusan estet bagi tahun kewangan dari April 2025 hingga Mac 2026.
Ini kerana majlis bandaran dibentuk pada 30 Mei berikutan GE2025 dan oleh itu, mereka akan "memerlukan tempoh peralihan untuk menstabilkan operasi mereka selepas penyerahan bandar berkenaan," tambah kementerian itu.
"Dalam tempoh ini, MND akan terus memantau prestasi majlis bandaran dan berkongsi maklum balas kami dengan majlis bandaran untuk menyokong peralihan mereka dengan lebih baik."
Kementerian tersebut menyatakan bahawa ia akan menyambung semula penerbitan laporan dari tahun kewangan 2026 (April 2026 hingga Mac 2027).
"Ini adalah konsisten dengan pendekatan yang diambil selepas GE2020," tambah MND.
PEMERHATIAN LAPORAN
Dari segi kebersihan estet, kementerian tersebut menyatakan bahawa semua majlis bandaran sebelum GE2025 mendapat rating "hijau" kerana jumlah aduan yang diterima mengenai tahap kebersihan setiap blok secara purata kurang daripada empat.
Rating "hijau" digunakan secara menyeluruh berkaitan penyelenggaraan estet kerana semua majlis bandaran menerima kurang daripada empat aduan berkaitan isu penyelenggaraan bagi setiap blok.
Bagi prestasi lif, mereka semua mencatatkan kurang daripada dua gangguan bagi setiap 10 lif. Tempoh lif tidak berfungsi pula kurang daripada sejam bagi setiap lif dalam sebulan. Kekerapan berlakunya kerosakan dan tempoh tidak berfungsi diukur oleh Sistem Pemantauan Jarak Jauh.
Akhir sekali, semua majlis bandaran mencatatkan tunggakan bayaran S&CC bulanan berjumlah kurang 40 peratus daripada jumlah bulanan yang boleh dikutip. Kurang empat daripada 100 isi rumah menanggung bayaran tertunggak selama tiga bulan atau lebih.
Laporan Pengurusan Majlis Bandaran (TCMR) mula diperkenalkan pada tahun 2009. Penilaian untuk kebersihan estet dibuat berdasarkan aduan yang diterima, seperti wujudnya kotoran dan sampah, sampah bersaiz besar, sarang labah-labah, grafiti, lumut, dan najis atau kotoran burung.
Bagi penyelenggaraan estet, halangan di kawasan umum, penyimpanan barang mudah terbakar, memasang perkakas tanpa kebenaran, plaster yang rosak/retakan besar/konkrit yang mengelupas dan kewujudan tumbuhan liar/rumpai dipertimbangkan.
MND juga menyatakan bahawa ia akan menerbitkan laporan tadbir urus korporat bagi tempoh dari April 2024 hingga Mac 2025 pada bulan Disember, selepas ia menerima dan mengkaji penyata kewangan yang diaudit majlis bandaran serta laporan juruaudit mereka.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.