Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua langkah berdasarkan status vaksinasi COVID-19 ditarik balik mulai 10 Okt

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semua langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) akan dimansuhkan mulai 10 Oktober dan tiada sekatan akan dikenakan di pusat hiburan malam, pusat makanan dan minuman serta acara-acara dengan lebih 500 peserta.

"Kita sudah belajar untuk hidup bersama virus COVID-19, mengatasi beberapa gelombang jangkitan dan menarik balik langkah-langkah pengurusan selamat secara berperingkat," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan medianya hari ini (7 Okt).

"Sedang kita kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa, kami akan menarik balik semua langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi mulai 10 Oktober 2022."

Ini bermakna tiada sekatan berdasarkan status vaksinasi bagi:

- Acara dengan lebih 500 peserta pada satu-satu masa
- Pusat hiburan malam di mana pengunjung akan menari antara satu sama lain
- Menjamu selera di pusat makanan dan minuman (F&B), termasuk pusat penjaja

"Langkah-langkah ini membantu kami untuk membuka semula dengan selamat," menurut MOH.

MOH menambah, langkah-langkah berkenaan membantu melindungi golongan yang tidak lengkap divaksin dengan mengurangkan pendedahan mereka kepada persekitaran dengan risiko tinggi penularan jangkitan, sekali gus memastikan sistem jagaan kesihatan tidak terlalu terbeban apabila kadar jangkitan dan vaksinasi penduduk tidak cukup tinggi.

Sungguhpun demikian, walaupun langkah-langkah tersebut dimansuhkan, golongan yang tidak lengkap divaksin akan terus berdepan risiko lebih tinggi menghidap penyakit serius, menurut MOH.

"Kami menggesa individu-individu berkenaan supaya tampil mendapatkan vaksinasi, atau terus mengambil langkah-langkah berjaga dan mengurangkan interaksi dengan masyarakat untuk melindungi diri mereka."

MOH juga mengingatkan masyarakat awam supaya terus berwaspada dan bersedia untuk bertindak balas sekiranya terdapat sebarang varian baru yang berbahaya, walaupun kebanyakan langkah pengurusan selamat sudah dimansuhkan.

MOH menambah, sekiranya situasi semakin teruk, langkah-langkah wajar mungkin dikuatkuasakan dalam "notis yang singkat" untuk melindungi masyarakat awam, pekerja jagaan kesihatan serta mengekalkan kapasiti hospital.

Ini termasuk "menguatkuasakan" beberapa langkah berdasarkan status vaksinasi COVID-19 yang wajar, seperti yang diperlukan semasa kemuncak pandemik.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan