Skip to main content

Singapura

Semua khidmat perbankan OCBC dipulihkan selepas alami gangguan pada sebelah pagi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Aug 2023 12:23PM Dikemas Kini : 29 Aug 2023 12:12AM
SINGAPURA: Khidmat perbankan OCBC sudah dipulihkan selepas mengalami gangguan pada pagi Isnin (28 Ogos) disebabkan "masalah teknikal".

Khidmat yang terjejas termasuk perbankan telefon bimbit dan online, PayNow, ATM, kad dan Velocity, platform perbankan digital perniagaan bank itu.

Seorang jurucakap OCBC berkata saluran bank itu diganggu masalah teknikal pada 8.33 pagi, yang menjejas pengguna dan pelanggan perbankan perniagaan.

Dalam satu kemas kini pada pukul 12.20 tengahari, bank tersebut menyatakan semua khidmat perbankannya sudah dipulihkan.

"Pelanggan kami boleh melakukan urus niaga perbankan di cawangan-cawangan kami, ATM, platform perbankan online dan telefon bimbit. Perkhidmatan kad juga sudah dipulihkan," kata jurucakap OCBC.

Beliau menambah bahawa bank itu sedang menyiasat punca "masalah teknikal" tersebut.

"Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa tiada data terjejas dan wang mereka masih selamat," dedah OCBC.

Satu pengumuman di laman web OCBC menyatakan kesemua khidmat perbankannya terganggu.

Menurut kemas kini bank itu di Facebook, perkhidmatan kad dan di cawangan-cawangannya kembali pulih sekitar pukul 10.30 pagi, manakala khidmat ATM kembali pulih sekitar pukul 10.40 pagi.

Dalam menjawab soalan Mediacorp, OCB menyatakan pada kira-kira pukul 10.50 pagi, para pelanggan boleh ke enam cawangannya yang masih buka.

"Cawangan-cawangan lain akan dibuka pada pulul 11.00 pagi. Kami sedang bersiap sedia untuk mengerah sumber tambahan di cawangan dan melanjutkan waktu operasi bank untuk membantu pelanggan," kata jurucakap itu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita