Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua khidmat MENDAKI@Masjid digantung selama 2 minggu

MENDAKI pada Khamis (12 Mac) mengumumkan ia menggantung semua khidmatnya di dua pusat satelit yang terletak di masjid.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua khidmat MENDAKI@Masjid digantung selama 2 minggu

Program Mendaki Homework Cafe di Masjid Al-Islah. (Gambar hiasan: Ummu Rabbisyfina/BERITAMediacorp)

Diterbitkan : 12 Mar 2020 11:22PM Dikemas Kini : 12 Mar 2020 11:32PM

SINGAPURA: MENDAKI pada Khamis (12 Mac) mengumumkan ia menggantung semua khidmatnya di dua pusat satelit yang terletak di masjid. Langkah itu berikutan pengumuman oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bahawa kesemua kegiatan berasaskan masjid akan dibatalkan sepanjang dua minggu dari 13 hingga 27 Mac sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan COVID-19 di masjid-masjid serata negara.

Khidmat MENDAKI@Al-Muttaqin digantung serta-merta manakala khidmat di MENDAKI@Jamiyah Ar-Rabitah pula digantung dari Jumaat (13 Mac). Operasi di kedua-dua pusat itu akan kembali seperti sedia kala pada 27 Mac 2020.

Semasa tempoh itu, orang ramai boleh terus mendapatkan khidmat MENDAKI di Wisma MENDAKI serta pusat-pusat satelit berikut ini:

  • MENDAKI@Choa Chu Kang 813A Choa Chu Kang Ave 7 S681810
  • MENDAKI@Jurong 500 Corporation Road, Aras 2 S649808
  • MENDAKI@Pasir Ris Blk 253, Pasir Ris St 21, #01-233, S510253
  • MENDAKI@Woodlands 1 Woodlands St 81, S738526
  • M3@Wisma Geylang Serai 1 Engku Aman Turn, #02-07, S408528
  • Wisma MENDAKI 51 Kee Sun Avenue S457056

MENDAKI menambah dalam kenyataannya bahawa menyusuli penggantungan semua kegiatan di masjid, kelas Skim Tuisyen MENDAKI (MTS) dan sesi Homework Café di masjid-masjid berikut juga digantung bagi tempoh yang sama iaitu dari 13 hingga 27 Mac. Berikut adalah kelas dan sesi yang terjejas:

  • MTS@Masjid Al-Ansar
  • MTS@Masjid Al-Islah
  • MTS@Masjid Al-Mawaddah
  • MTS@Masjid Al-Iman
  • MTS@Masjid Ar-Raudhah
  • Homework Café@Masjid Al-Maarof
  • Homework Café@Masjid Al-Islah

Menurut MENDAKI, semua pelajar terjejas akan dimaklumkan mengenai penggantungan kelas tersebut. Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Hotline MTS di 6551 2830 dari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.30 petang, serta Sabtu, 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan