Semua kek bulan mini D24 Four Seasons Durian ditarik balik kerana terkait keracunan makanan
Anggaran Waktu Membaca:
Kek bulan mini durian D24 Four Seasons Durian yang ditarik balik. (Gambar: SFA)
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Khamis (12 Sep) mengarahkan Four Seasons agar menarik balik semua kek bulan mini durian D24 keluarannya.
Ini selepas hidangan tradisional mereka didapati mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Paras bakteria Bacillus cereus dalam produk terbabit malah melebihi had maksimum yang ditetapkan dalam peraturan makanan Singapura.
Bacillus cereus diketahui punca lazim keracunan makanan.
Individu-individu yang terjejas dipercayai akan mengalami simptom seperti berasa mual, muntah-muntah, sakit perut dan cirit-birit, jelas SFA.
Menurut laman agensi itu, Bacillus cereus dalam bentuk spora tidak akan mati meski dalam persekitaran dengan suhu ekstrem. Ia juga tidak akan lupus dalam pemprosesan makanan.
SFA menasihati para pelanggan yang sudah membeli kek bulan terjejas agar tidak memakannya dan sebaliknya menghubungi pihak yang menjual produk kepada mereka, bagi sebarang pertanyaan.
Mereka yang sudah memakan kek bulan tersebut dan kini berasa bimbang sebaik-baiknya mendapatkan nasihat perubatan, menurut SFA lagi.
Para pelanggan turut dinasihatkan agar membeli kek bulan daripada para peniaga dengan reputasi baik yang menitikberatkan amalan-amalan baik pengurusan makanan.
Ini di samping memeriksa sama ada produk dibungkus dengan rapi dan tidak terdedah kepada persekitarannya.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.