Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua kedai minyak Shell dijangka punya kios sedia khidmat konsultasi perubatan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat di sebalik mesin layan diri yang menawarkan khidmat konsultasi perubatan dan ubat-ubatan mengikut permintaan, berharap untuk 'membawa' mesin sama ke semua stesen minyak Shell di Singapura.

Kios Dr Kart pertama, yang baru-baru ini tular di TikTok, terletak di stesen minyak Shell di 9 Tampines Avenue 2.

RxMedz, perusahaan di sebalik kios tersebut, memberitahu Mediacorp bahawa mesin sedemikian sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri.

Antaranya, mesin dapat segera mengeluarkan ubat-ubatan yang diperlukan pesakit. Pada sisi yang lain, mereka yang menggunakan khidmat telekonsultasi sedia ada perlu tunggu ubat-ubatan dihantar ke rumah.

"Matlamat Dr Kart sekadar menjadikan jagaan kesihatan asas lebih mudah diakses dan dimampui buat semua. Kami bukannya mahu memainkan peranan sebuah klinik," jelas CEO syarikat itu, Ho See Chek.

RxMedz sedang bekerjasama dengan Shell untuk menyediakan kios tersebut di semua stesen minyak syarikat itu "memandangkan kami mempunyai hubungan dengan mereka", dan ini akan memudahkan lagi rancangan, tambahnya.

Perusahaan itu sedang berusaha menjalin lebih banyak kerjasama dan percaya lebih banyak boleh dilakukan, kata Encik Ho.

"Kami masih berusaha membuka kios di tempat-tempat lain selain stesen minyak Shell.

"Namun kami yakin ia satu khidmat yang bernilai. Seperti yang anda lihat, ia memudahkan pengguna untuk mendapatkan ubat. Mereka tidak perlu ke farmasi atau bimbang ahli farmasi tidak dapat menyediakan ubat-ubatan ataupun risau tidak ada ahli farmasi yang sedang bertugas," tambahnya.

"Kami berharap usaha kami akan berjalan lancar memandangkan kami boleh merawat 32 penyakit dan mempunyai ubat-ubatan relevan secara menyeluruh untuk memenuhi permintaan sedia ada."
Gambar: Mak Jia Kee/CNA
Menurut Encik Ho, pasukan Dr Kart buat masa ini terdiri daripada tiga doktor dan dua ahli farmasi. Kios-kios pula "selalunya" dikendalikan doktor.
Gambar Mak Jia Kee/CNA
Gambar: Mak Jia Kee/CNA
Seorang pelanggan yang ditemui Mediacorp di sebuah kedai minyak Shell bagaimanapun berpandangan kaedah sebegitu tidak akan menjadi pilihan utama ramai.

"Kerana (kalau) seseorang itu sudah kesakitan, mereka masih perlu bangun dari katil dan datang jauh-jauh ke sini," ujar Cik Charmaine Chung yang meninjau mesin tersebut ketika suaminya sedang mengisi minyak.

Beliau menambah, dirinya akan lebih rela memandu ke klinik 24 jam jika terpaksa keluar rumah.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan