Skip to main content

Singapura

Semua kedai kopi HDB perlu tawar pilihan makanan murah jelang 2026

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Mar 2023 08:43PM Dikemas Kini : 02 Mar 2023 11:22PM

SINGAPURA: Semua kedai kopi yang disewa daripada HDB perlu menawarkan pilihan makanan murah menjelang 2026.

Meskipun keperluan itu sudah dilaksanakan sejak 2018 bagi kedai kopi baru HDB, ia kini diperluaskan kepada semua kedai kopi HDB.

Semua kedai kopi yang perlu memperbaharui sewa mulai Mei tahun ini pula diperlukan untuk menyediakan empat hidangan dan dua minuman murah.

Hidangan itu juga mesti merupakan makanan utama dan bukan hidangan sampingan ataupun makanan ringan.

Selain itu, ia mesti disediakan oleh sekurang-kurangnya dua gerai dengan sekurang-kurangnya satu gerai halal.

Hidangan murah di kedai-kedai kopi sekarang biasanya berharga antara $3 hingga $3.50, sementara minuman murah pula berharga antara $1 hingga $1.50 bergantung kepada estet masing-masing.

Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita