Semua isi rumah SG terima tambahan baucar CDC S$300, rebat U-Save di tengah krisis Timur Tengah
Anggaran Waktu Membaca:
- Pemerintah Singapura mengumumkan pakej bantuan S$900 juta termasuk baucar CDC tambahan S$300 untuk semua isi rumah pada Januari 2027, susulan tekanan kos akibat krisis Timur Tengah.
- Baucar CDC berjumlah S$800 boleh digunakan di lebih 24,000 penjaja dan pasar raya sehingga 31 Disember 2027, bertujuan membantu perbelanjaan harian dan mengurangkan kesan inflasi.
- Peningkatan rebat U-Save diumumkan untuk membantu isi rumah HDB menampung bil tenaga, dengan kadar rebat dua kali ganda pada Oktober dan Januari 2027.
- Bantuan ComCare untuk isi rumah berpendapatan rendah turut dipertingkatkan, termasuk pelonggaran syarat kelayakan dan kenaikan jumlah bantuan bulanan mulai Ogos hingga Disember.
SINGAPURA: Semua isi rumah rakyat Singapura akan menerima tambahan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai S$300 pada Januari 2027, sebagai sebahagian daripada pakej bantuan bernilai S$900 juta bagi membantu menangani tekanan kos menyusuli krisis di Timur Tengah.
Baucar itu adalah sebagai tambahan kepada S$500 dalam bentuk baucar CDC yang pada asalnya dijadualkan diagihkan pada Januari 2027, tetapi sudah diberikan lebih awal pada Jun tahun ini.
Keseluruhan S$800 baucar CDC itu sah digunakan sehingga 31 Disember 2027. Baucar berkenaan boleh digunakan di lebih 24,000 penjaja, peniaga kawasan kejiranan dan pasar raya yang mengambil bahagian.
Mengumumkan pakej bantuan untuk isi rumah dan perniagaan pada Rabu (29 Jul), Menteri Kedua Kewangan, Jeffrey Siow, berkata baucar itu bertujuan membantu menampung perbelanjaan harian serta mengurangkan kesan inflasi.
Selain baucar CDC, beliau turut mengumumkan peningkatan kepada rebat U-Save yang akan datang bagi mengimbangi kenaikan bil api air untuk kebanyakan isi rumah, di samping bantuan kewangan tambahan kepada keluarga berpendapatan rendah.
Bantuan tambahan itu melengkapi pakej bantuan S$1 bilion yang diumumkan pemerintah pada April lalu.
Pakej sebelum ini merangkumi penambahan Bayaran Khas Kos Sara Hidup kepada rakyat Singapura yang layak serta bantuan tunai baharu kepada pekerja platform dan sektor pengangkutan yang terjejas akibat kenaikan harga bahan api.
Menurut Encik Siow, keadaan di Timur Tengah, yang menyaksikan laluan perkapalan melalui Selat Hormuz terus terganggu akibat peperangan, masih rapuh.
"Kami menjangkakan harga tenaga global akan terus kekal tinggi, sekali gus menyebabkan kos petrol, diesel, elektrik serta beberapa barangan import meningkat," katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa baucar CDC berjumlah S$800 yang diagihkan bagi tahun kewangan 2026/2027 adalah sama seperti yang diberikan pada tahun sebelumnya.
Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Low Yen Ling, berkata isi rumah sudah membelanjakan S$1.03 bilion menerusi baucar SG60 dan baucar CDC dalam tempoh enam setengah bulan dari Januari hingga 28 Julai.
Menurut beliau, perbelanjaan S$1.03 bilion melalui baucar itu sudah membantu meningkatkan kunjungan pelanggan serta permintaan terhadap barangan, perkhidmatan dan makanan di kedai-kedai kejiranan, gerai penjaja dan kedai kopi yang mengambil bahagian.
BIL TENAGA ISI RUMAH
Bagi membantu isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang layak menampung bil tenaga, pemerintah akan meningkatkan rebat U-Save pada Oktober tahun ini dan Januari 2027.
Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan, dengan peningkatan itu, isi rumah yang layak akan menerima rebat U-Save antara S$110 hingga S$190 setiap suku tahun, iaitu seganda berbanding kadar biasa.
Langkah itu melanjutkan pemberian rebat U-Save yang dipertingkatkan pada April dan Julai tahun ini di bawah Belanjawan 2026.
ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH
Isi rumah rakyat Singapura berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan kewangan segera dan sementara untuk menampung perbelanjaan harian kini menerima bantuan di bawah skim Bantuan Sementara ComCare.
Buat masa ini, jumlah bantuan bulanan bagi setiap isi rumah yang layak ditentukan berdasarkan keperluan mereka.
Untuk melayakkan diri, pendapatan per kapita isi rumah tidak boleh melebihi S$800 sebulan.
Encik Siow berkata pemerintah akan meningkatkan bantuan di bawah skim itu kepada sekurang-kurangnya S$250 sebulan bagi tempoh sehingga tiga bulan, "dengan jumlah lebih tinggi diberikan kepada mereka yang mempunyai keperluan lebih besar".
"Kami juga akan melonggarkan syarat kelayakan bagi Bantuan Sementara ComCare supaya lebih banyak isi rumah dapat menerima bantuan," katanya.
Menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), peningkatan itu akan berkuat kuasa dari 17 Ogos hingga 31 Disember.
MSF turut memaklumkan bahawa bayaran di bawah skim Bantuan Jangka Pendek hingga Sederhana (SMTA) ComCare akan dinaikkan sekurang-kurangnya 5 peratus atau S$50 sebulan, mengikut mana yang lebih tinggi, bagi tempoh sehingga tiga bulan.
Skim ComCare SMTA diperuntukkan kepada isi rumah rakyat Singapura berpendapatan rendah yang ahli keluarganya tidak dapat bekerja buat sementara waktu, sedang mencari pekerjaan atau berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan.
Pada 2024, hampir 21,000 isi rumah meraih manfaat di bawah skim itu, dengan jumlah median bantuan bulanan sebanyak S$380 bagi setiap penerima dalam isi rumah yang dibantu.

Sumber : CNA/IM/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.