Semua isi rumah HDB dapat Baucar Iklim bernilai S$300 untuk beli perkakas cekap tenaga, jimat air
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Semua isi rumah flat Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) akan menerima Baucar Iklim bernilai S$300 untuk membeli peralatan menjimatkan tenaga dan air, kata Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Amy Khor pada Isnin (4 Mac).
Baucar tersebut merupakan peluasan Program Isi Rumah Mesra Iklim. Pusingan pertama Baucar Iklim diagihkan kepada flat HDB satu hingga tiga bilik pada 2020.
Baucar bernilai S$225, itu boleh digunakan untuk tiga jenis perkakas - S$150 diberikan untuk peti sejuk jimat tenaga, S$25 untuk lampu LED dan baucar S$50 untuk kelengkapan mandi jimat air. Ia boleh digunakan dari Nov 28, 2020 sehingga 20 Mac tahun ini.
Setakat Januari, lebih 141,000 daripada 300,000 isi rumah sudah mendaftar pusingan pertama baucar itu. Kira-kira 54,000 baucar sudah digunakan, tambah Dr Khor.
“Dengan peluasan ini, kami berharap dapat memberi insentif kepada lebih ramai isi rumah untuk memilih pilihan cekap sumber dari awal, atau apabila peralatan dan kelengkapan mereka perlu diganti,” kata Dr Khor di Parlimen semasa perbahasan peruntukan kementeriannya.
E-baucar baharu itu akan diagihkan kepada 1.1 juta isi rumah HDB dan boleh digunakan dari 15 April tahun ini hingga 31 Disember 2027. Ia disediakan dalam nilai berbeza dan boleh digunakan untuk membeli 10 jenis produk jimat tenaga dan air.
Produk baharu seperti kipas, mesin basuh kain, penghawa dingin dan pemanas air ditambah ke dalam senarai perkakas.
Dr Khor berkata 10 jenis perkakas di bawah program yang diperluaskan itu menyumbang kepada sekitar 60 peratus daripada purata penggunaan elektrik isi rumah, dan sekitar 90 peratus penggunaan air.
Isi rumah warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) boleh mendapatkan Baucar Iklim mereka online di RedeemSG menggunakan akaun Singpass mereka mulai 15 April.
Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian hotline Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), kata Dr Khor. Untuk menggunakan baucar tersebut, pelanggan harus menunjukkan bukti alamat cawangan runcit yang mengambil bahagian.
Ia termasuk Audiohouse, Bathroom Warehouse, Best Denki, Chuan Heng Hardware Trading, Courts, FairPrice, Gain City, Harvey Norman, Mega Discount Store, Sheng Siong dan TS Yong Trading.
Peruncit baharu yang menyertai skim tahun ini termasuk Giant, Cold Storage dan Woodlands Domestic Electrical, menjadikan jumlah peruncit yang mengambil bahagian kepada 14. Kesemuanya, peruncit itu mempunyai 300 cawangan di merata negara.
Sementara itu, Skim Pelabelan Tenaga Wajib (MELS) Piawaian Prestasi Tenaga Minimum (MEPS) akan dilanjutkan untuk pemanas air isi rumah dan peti sejuk komersil mulai 1 April 2025.
Pelanggan dapat menjimatkan sehingga S$115 setahun dengan menukar kepada pemanas air lima tanda MELS berbanding satu tanda.
Dr Khor berkata, kecekapan tenaga purata penghawa dingin dan peti sejuk isi rumah masing-masing turun sebanyak 59 peratus dan 42 peratus sejak skim tersebut diperkenalkan.
Peraturan itu diperluaskan kepada pemanas air, kerana ia merupakan peralatan ketiga paling banyak menggunakan tenaga dalam isi rumah selepas penghawa dingin dan peti sejuk, dedah NEA. Pemanas air menggunakan kira-kira 10 peratus daripada tenaga isi rumah biasa.
Peti sejuk komersil yang digunakan di pertubuhan makanan juga di antara peralatan yang menggunakan paling banyak tenaga di dapur.
Peralatan itu yang sering digunakan di pusat penjaja, medan selera dan restoran, boleh menyumbang sekitar satu pertiga penggunaan elektrik pusat penjaja, tambah Dr Khor.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.