Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua dewan sukan tertutup ActiveSG ditutup; kes COVID-19 bermain badminton dalam kumpulan besar di kemudahan Jurong

Semua dewan sukan tertutup ActiveSG akan ditutup pada Ahad (28 Jun) setelah langkah-langkah pengurusan selamat dilanggar oleh sekumpulan pemain badminton, termasuk satu kes positif COVID-19, kata Sport Singapore (SportSG) dalam satu kenyataan media pada Sabtu (27 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Semua dewan sukan tertutup ActiveSG ditutup; kes COVID-19 bermain badminton dalam kumpulan besar di kemudahan Jurong

Pusat Sukan Jurong East. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 27 Jun 2020 08:00PM Dikemas Kini : 27 Jun 2020 08:02PM

SINGAPURA: Semua dewan sukan tertutup ActiveSG akan ditutup pada Ahad (28 Jun) setelah langkah-langkah pengurusan selamat dilanggar oleh sekumpulan pemain badminton, termasuk satu kes positif COVID-19, kata Sport Singapore (SportSG) dalam satu kenyataan media pada Sabtu (27 Jun).

Pada Jumaat, SportSG dimaklumkan tentang seorang pengguna yang diuji positif COVID-19 bermain badminton di Dewan Sukan Tertutup Jurong East pada 22 Jun.

Sebagai langkah berjaga-jaga, cawangan itu akan ditutup pada 27 Jun hingga 28 Jun untuk menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman secara rapi. Ini di samping menyemak semula langkah pengurusan selamat yang dilaksanakan.

Semua dewan sukan tertutup ActiveSG yang lain pula akan ditutup pada 28 Jun untuk "memastikan semua pengguna Dewan Sukan Tertutup ActiveSG memahami peraturan dan semangat mematuhi langkah pengurusan selamat".

Menurut SportSG, kes positif itu dan "kumpulan sosial badminton yang besar" yang beliau anggotai sudah melanggar langkah pengurusan selamat yang dilaksanakan.

Kumpulan tersebut menempah sehingga enam gelanggang badminton dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, menurut SportSG.

“Semasa sesi-sesi badminton, pemain bercampur gaul antara gelanggang berbeza meskipun penghadang fizikal diletakkan selain syarat-syarat jelas yang mengehadkan empat pemain bagi setiap gelanggang dan tidakan benarkan pergaulan antara pemain dari gelanggang berbeza.

“Peraturan yang tidak membenarkan pergaulan antara kumpulan dikuat kuasakan bagi semua jenis sukan dan bukan sahaja badminton," tekan SportSG.

"SportSG sedang menyiasat insiden ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu itu serta pemain lain yang melanggar peraturan, termasuk melarang mereka daripada menggunakan kemudahan ActiveSG dari sekarang" tambahnya.

"Ia amat mengecewakan apabila terdapat sesetengah anggota awam tidak mematuhi peraturan dan melanggar langkah-langkah yang dilaksanakan oleh SportSG," kata Ketua Pegawai Eksekutif SportSG Lim Teck Yin.

LANGKAH-LANGKAH BARU DILAKSANAKAN

Langkah-langkah baru juga akan dilaksanakan untuk menekankan lagi pematuhan peraturan di kesemua kemudahan sukan tertutupnya, menurut SportSG.

Ini termasuk gelang tangan berwarna yang harus dipakai pemain untuk mengenal pasti kumpulan berbeza bagi setiap gelanggang badminton serta mengingatkan pemain untuk bertindak dengan bertanggungjawab.

SportSG juga akan meneliti kumpulan sosial badminton yang merancang untuk bertemu sebagai pasukan besar di mana-mana tempat.

"Individu yang terlibat dengan kumpulan seperti itu serta mereka yang bermain dan bergaul di gelanggang yang berbeza akan dibatalkan tempahan mereka dan/atau dihalau keluar dari dewan sukan tertutup serta juga dilarang menggunakan kemudahan ActiveSG pada masa depan." 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan