Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua bangunan baru perlu sediakan tempat letak basikal

Semua bangunan baru dikehendaki menyediakan ruang meletak basikal di bawah piawai baru yang diperkenalkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Anggaran Waktu Membaca:
Semua bangunan baru perlu sediakan tempat letak basikal

Gambar fail: Ngau Kai Yan

Diterbitkan : 08 May 2018 10:06PM Dikemas Kini : 08 May 2018 10:09PM

SINGAPURA: Semua bangunan baru dikehendaki menyediakan ruang meletak basikal di bawah piawai baru yang diperkenalkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Ini bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk bergiat dalam aktiviti berbasikal . Ia juga merupakan sebahagian daripada langkah LTA dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk mewujudkan Singapura yang kurang menggunakan kereta, menurut makluman URA semalam (7 Mei).

Syarat wajib itu berkuat kuasa hari ini (8 Mei) ke atas permohonan baru yang diterima URA bagi projek pembangunan baru. Ia juga diwajibkan ke atas bangunan-bangunan yang sedang dibangun semula atau diubah suai.

Di bawah garis panduan baru itu, sebuah tempat meletak basikal harus disediakan bagi setiap empat hingga enam unit sesebuah bangunan kediaman, bergantung kepada kawasan bangunan itu.

"Penting bagi bangunan untuk menyediakan ruang tempat letak basikal yang mencukupi dan diuruskan dengan baik. Ini akan memudahkan lebih ramai orang memilih untuk berbasikal sebagai jenis pengangkutan mereka dan mengurangkan masalah basikal diletakkan secara merata di tempat awam," demikian menurut URA.

Piawai baru itu juga ditetapkan bagi bangunan komersil termasuk pawagam, kedai, pejabat, kelab malam, kilang dan hotel. Namun, syarat-syaratnya berbeza, bergantung kepada keluasan lantai keseluruhan (GFA) bangunan tersebut.

Tempat meletak basikal yang disediakan mengikut peruntukan piawai LTA itu akan dikecualikan daripada GFA.

Selain itu, kemudahan seperti tempat mandi dan loker juga boleh layak mendapatkan pengecualian GFA bagi sesetengah bangunan, tidak termasuk bangunan kediaman.

Semua bangunan yang sedia ada juga digalakkan untuk menyediakan tempat meletak basikal berdasarkan piawai baru itu, menurut URA lagi. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan