Semua anak kapal SQ321 sudah pulang ke SG: SIA
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Saeed Khan/AFP)
SINGAPURA: Satu-satunya anak kapal pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ321 terlibat dalam gelora udara, yang masih berada di Bangkok sudah pulang ke Singapura.
"Kami boleh mengesahkan bahawa semua anak kapal di dalam pesawat SQ321 sudah kembali ke Singapura," umum syarikat penerbangan tersebut dalam kemas kini pada Isnin (27 Mei).
Seramai 52 penumpang daripada SQ321 masih berada di Bangkok, termasuk 34 yang masih mendapatkan rawatan perubatan di hospital.
"Singapore Airlines sudah menghubungi penumpang dan anak kapal yang berada dalam SQ321, termasuk mereka yang masih berada di Bangkok. Kami juga memudahkan perjalanan anggota keluarga dan orang-orang tersayang," tambah SIA.
Syarikat penerbangan itu menyatakan kesejahteraan penumpang dan kakitangannya adalah "keutamaannya".

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.