Semua 12 askar SAF cedera semasa Latihan Wallaby sudah sertai semula unit masing-masing
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: MINDEF
SINGAPURA: Kesemua 12 anggota kerahan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang cedera semasa Latihan Wallaby di Australia, sudah kembali menyertai unit masing-masing selepas mendapat jagaan perubatan.
Demikian menurut Tentera Singapura pada Rabu (25 Sep).

Anggota kerahan tersebut cedera selepas dua kenderaan berperisai bertembung di Queensland pada Selasa.
Sebuah kenderaan tempur berperisai (AFV) Hunter melanggar sebuah lagi kenderaan semasa bergerak pulang ke pangkalan di Kawasan Latihan Shoalwater Bay, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Selasa malam.
Anggota kerahan tersebut mengalami kecederaan "bukan serius" dan dikejarkan ke hospital.
Dalam satu kemas kini pada Rabu, Tentera Singapura menyatakan dalam satu catatan di Facebook bahawa latihan tersebut sudah disambung semula.
"Berikutan perkongsian insiden itu, dengan penekanan kepada perlunya untuk mengekalkan jarak selamat, terutamanya apabila memandu dengan keadaan penglihatan kurang baik, latihan sudah disambung semula."
Latihan Wallaby, yang pertama kali dijalankan pada 1990, diadakan di Kawasan Latihan Shoalwater Bay di Queensland.
Edisi tahun ini bermula pada 8 September dan akan berlangsung sehingga 3 November.
Ia melibatkan sekitar 6,200 kakitangan, termasuk 500 anggota kerahan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.