Seminar Sastera & Bahasa Melayu Madrasah Wak Tanjong semai minat, perluas usaha dampingi pelajar
Anggaran Waktu Membaca:

Poster Seminar Sastera & Bahasa Melayu anjuran bersama Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
SINGAPURA: Guru-guru bahasa Melayu dan para pencinta sastera Melayu diundang untuk menyertai Seminar Sastera & Bahasa Melayu yang dianjurkan bersama oleh Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada 22 November ini.
Para peserta akan didedahkan kepada pelbagai perspektif bagi menyemai rasa cinta terhadap bahasa dan karya sastera, serta pendekatan pengajaran berlandaskan teori behavioris dalam dua ucaptama yang akan disampaikan oleh dua pensyarah mapan.
Penerbit dan pemilik bersama Unggun Creative Dr Noridah Kamari akan membentangkan topik "Menyemai Rasa Cinta Terhadap Sastera Dalam Kalangan Pelajar".
Sementara itu, Pensyarah Kanan Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang (NIE/NTU) Dr Mohd Aidil Subhan akan menyampaikan ucaptama bertajuk "Stilistika Sastera & Pengajaran Penulisan: Teknik Berpaksikan Contoh".
MENYEMAI RASA CINTA TERHADAP SASTERA
Dalam ucaptamanya, Dr Noridah, yang juga seorang pensyarah dan pengkaji bebas, akan mengetengahkan pendekatan tiga sfera - keindahan, faedah dan rohani - oleh V I Braginsky, saujana barat yang mengkaji karya-karya sastera Melayu tradisional.
"Bagi sfera rohani, pastinya karya-karya yang membangkitkan rasa insaf dalam diri manusia. Ia memupuk semangat atau keinginan untuk menjadi manusia lebih berperikemanusiaan, manusia yang lebih baik akhlaknya, manusia yang lebih tinggi budi bahasanya", jelas Dr Noridah.
Antara contoh karya yang akan menjadi rujukan adalah karya prosa tradisional yang terdapat dalam antologi karya 'Pahlawan Panggung', iaitu buku teks bagi para pelajar sastera Melayu di peringkat GCE 'O'. Ia meliputi karya-karya seperti sastera panji, Sejarah Melayu, cerita rakyat, cerita hikayat dan cerita jenaka.
Dr Noridah turut melahirkan harapan agar pendekatan tersebut dapat memupuk rasa cinta terhadap karya-karya sastera dalam kalangan pembaca, khususnya para pelajar.
"Jika kita dapat lihat betapa pentingnya peranan yang dimainkan karya sastera dan bagaimana karya sastera itu dapat membangkitkan rasa kemanusiaan dalam diri manusia, secara semula jadinya, kita akan tertarik, kita akan terdorong untuk mengkaji karya sastera.
“Dari situlah akan terbitnya rasa cinta bila kita rasa karya itu ada makna dalam kehidupan kita, akan terbit rasa keakraban serta keinginan untuk kita menggali lebih mendalam lagi,” ujar Dr Noridah.
Dr Aidil pula akan membentangkan pendekatan berpaksikan contoh, iaitu pendekatan pengajaran penulisan berdasarkan teori behavioris.
Pendekatan itu berasaskan keperluan untuk banyak membaca dan mencontohi teks-teks bacaan yang baik. Dr Aidil akan menyelongkar bagaimana pendekatan demikian dapat dilaksanakan oleh para guru dan pelajar melalui bahan-bahan teks sedia ada.
Seminar Sastera & Bahasa Melayu tersebut akan diadakan di Dewan Kuliah, Aras 4, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah antara 9.00 pagi hingga 11.30 pagi pada Selasa 22 November 2022.
Seminar tersebut merupakan acara penutup tirai bagi program Pusat Kecemerlangan dan Kolaborasi (COEC) Jabatan Bahasa Melayu Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah tahun ini.
Ia juga sebahagian daripada usaha pembangunan profesional guru-guru Bahasa Melayu dan Sastera, serta memberikan ruang untuk berkolaborasi antara guru-guru madrasah dan juga para pendidik merata Singapura.
Bagi yang berminat untuk menyertai seminar tersebut, mereka boleh mengirimkan emel kepada Cikgu Nurulhuda Saniff di alamat emel nurulhuda [at] mwti.edu.sg.

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.