Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semangat Singapura - ini antara detik paling ikonik sempena NDP sepanjang minggu ini

Dari lelaki yang menangis terharu hingga ke kereta yang lengkap dengan hiasan NDP, Hari Kebangsaan pada awal minggu ini jelas sangat meriah tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2022 04:59PM Dikemas Kini : 14 Aug 2022 08:54PM

SINGAPURA: Kemeriahan Hari Kebangsaan Singapura masih lagi terasa sehingga ke hari ini.

Terus berkicau di media sosial,detik-detik paling ikonik yang dirakamkan sempena ulang tahun negara ke-57.

LELAKI MENANGIS SEMASA HARI KEBANGSAAN DINYANYIKAN

Petikan skrin Encik Azuan Tan semasa siaran langsung NDP 2022.
Ramai yang pasti sudah melihat rakaman lelaki yang menitiskan air mata semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan Singapura di Pentas Terapung Marina Bay pada 9 Ogos.

SEMANGAT SINGAPURA

Beberapa lagi gambar dan rakaman kisah-kisah menarik semangat Singapura turut menjadi perbualan ramai di media sosial.
(Gambar: Adib Taqiuddin)
"Sekarang tengah ghairah nak pakai," kata seorang pengguna Facebook sambil merujuk kepada selendang NDP Withsoof.

WANITA YANG BERSYUKUR DENGAN 'YA KUN KAYA TOAST'
(Gambar: CNA/media sosial)
Pengiktirafan personaliti media sosial Nicole Liel tentang roti bakar Ya Kun sebagai salah satu perkara yang membuatnya bersyukur tinggal di Singapura, bukan sahaja menarik respons warga net,
tetapi juga perhatian syarikat Ya Kun Kaya Toast - dengan 57 'Set A' percuma.

Malah, ada yang sempat menyarankannya menjadi duta syarikat itu.

Ada pula sudah cukup bersyukur jika diberikan 57 sen potongan harga untuk set A mereka.

HIASAN KERETA NDP
(Gambar: Facebook/Henry Ho Kum Kong)
Semangat patriotik yang dipamerkan pemandu Gojek Encik Henry Ho juga tiada tolok bandingnya, yang melengkapi keretanya dengan hiasan NDP.

"Terima kasih atas perkhidmatan anda!" kata seorang pengguna media sosial.

"Terbaik bro! Majulah Singapura!" tulis seorang lagi pengguna.

Yang pasti, tidak dinafikan naratif NDP tahun ini sangat menyentuh emosi warga Singapura - bersatu hati sebagai sebuah negara.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/IA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan