Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semangat keusahawanan wanita Melayu cetus ilham bagi buku kanak-kanak terbaru

Anggaran Waktu Membaca:
Semangat keusahawanan wanita Melayu cetus ilham bagi buku kanak-kanak terbaru

Gambar: Mini Monsters Pte Ltd

BERITAmediacorp: Semangat keusahawanan wanita Melayu/Islam yang berniaga dari rumah pada musim perayaan menjadi ilham bagi penulis Rilla Melati Bahri untuk menghasilkan buku terbarunya.

Buku bertajuk ‘Kisah Raya Ramdan’ itu juga menonjolkan iltizam golongan tersebut yang bertungkus-lumus menjana pendapatan tambahan pada Hari Raya.

33
Gambar: Rilla Melati Bahri

 

Menurut pemerhatian Cik Rilla, dapur di banyak rumah flat di Singapura akan bertukar menjadi ‘kilang’ kecil yang menghasilkan kuih-kuih untuk dijual setiap kali menjelang Hari Raya.

Perniagaan musiman itu kata beliau, selalunya diusahakan wanita-wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Kisah Raya Ramdan ini adalah buku cereka yang diilhamkan daripada semangat keusahawanan wanita-wanita peniaga ini dan pengorbanan anak-anak serta kaum keluarga mereka. Saya terpanggil untuk menulisnya kerana rasa tersentuh dengan kehidupan segolongan daripada kita yang harus bekerja keras untuk bertahan hidup di bandar sepesat Singapura.

“Kebanyakannya juga merupakan ibu-ibu tunggal yang mencari rezeki dari rumah untuk membesarkan anak-anak mereka. Seingat saya, dari saya kecil sehinggalah saya dewasa, pasti ada kenalan atau ahli keluarga atau jiran tetangga yang menjadi peniaga dari rumah tidak kira di estet mana saya tinggal," jelas Cik Rilla

Salah satu keistimewaan tentang sambutan Hari Raya yang amat unik dan ketara di Singapura menurut Cik Rilla ialah wujudnya ‘cottage industry’ atau perusahaan kecil-kecilan yang dilakukan secara teratur dan konsisten oleh wanita-wanita Melayu yang sangat berkebolehan dan berdaya usaha.

<p>Gambar: Mini Monsters Pte Ltd</p>

RAMDAN “HIDUNG BAHULU”

Buku kanak-kanak ini mengisahkan tentang Ramdan yang menjaja kuih baulu hasil air tangan ibunya, dari rumah ke rumah.

Ramdan juga sering ditertawakan kanak-kanak lain dan digelar “hidung baulu” kerana saiz hidungnya yang besar.

Ramdan pada mulanya berasa sangat malu diejek tetapi berkat nasihat seorang teman, dia akhirnya menerima hakikat bahawa saiz hidungnya yang besar itu merupakan sebahagian daripada identitinya, bukan satu kecacatan.

Hasil daya inovasinya, Ramdan memanfaatkan peluang bagi menghasilkan kuih baulu dengan rupa yang unik untuk dijual secara online.

Buku ini adalah yang ketiga dalam koleksi buku bergambar yang berlatarkan sambutan Hari Raya.

Dua lagi tajuk ialah Capal Samsudin dan Songkok Haji Agil yang diterbitkan dan dilancarkan secara dalam talian semasa pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021.

Kisah Raya Ramdan itu juga merupakan buku kanak-kanak yang ke-27 oleh Cik Rilla setakat ini dan diterbitkan dengan sokongan Majlis Seni Kebangsaan (NAC).

"Saya harap buku ini dapat mencipta pengalaman membaca yang sihat serta menanam minat yang mendalam pada bahasa Melayu dalam hati pembaca yang berusia antara 7-10 tahun," kata Cik Rilla yang juga Pemenang Anugerah Persuratan (Sastera Kanak-Kanak) pada tahun 2017 dan 2021.

Buku ini boleh dibeli secara online di laman www.minimonsters.com.sg

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/rr
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan