Semangat Keris juarai Mega Perdana 2025, 'hadiah' sambut ulang tahun ke-25
Ibarat hadiah ulang tahun bagi Kumpulan Dikir Barat, Semangat Keris yang menjuarai pertandingan Mega Perdana 2025 yang berlangsung pada Ahad (30 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ibarat hadiah ulang tahun bagi Kumpulan Dikir Barat, Semangat Keris yang menjuarai pertandingan Mega Perdana 2025 yang berlangsung pada Ahad (30 Dis).
Esok, pada tanggal 2 Disember, Semangat Keris akan meraikan ulang tahun mereka yang ke-25.
Sebagai johan pertandingan itu, mereka membawa pulang $8,000 dan trofi.
"Duit kemenangan itu kita tidak akan belanja semua. Kita akan beri kepada pelapis kita yang akan teruskan nama Semangat Keris untuk mereka membeli baju baru, instrumen baru dan akan menggunakan sedikit duit untuk meraikan kemenangan ini," luah Presiden Semangat Keris, Muhammad Amir Said Alkatiri.
Bagi Naib Presiden kumpulan itu, Muhammad Aidil Akmal Abu Bakar, kelebihan mereka terletak kepada kekuatan yang menyeluruh.
"Dari segi kekuatan untuk kumpulan kami Semangat Keris, ia merangkumi segala aspek dalam Dikir Barat iaitu dari segi seni kata, dari seni lagu, mutu suara seorang Juara, seorang Karut, menceritakan cerita yang telah ditulis oleh penulis seni kata. Untuk saya, kekuatan kami adalah untuk merangkumi segala aspek dalam dikir barat itu menjadi semua seimbang dan menarik perhatian penonton.
"Semangat Keris ini dari mulanya kita satu kumpulan yang kecil. Dan kami selalu mencabar batasan dalam arena dikir barat dan kali ini Alhamdulillah kami menggabungkan aspek-aspek asas dikir barat dan juga seni persembahan yang baharu dalam persembahan kami dan kami telah pun mencuit hati juri dan mencuit hati penonton. Dan alhamdulillah, dengan itu, kami dapat meraih kemenangan inilah," jelas Encik Aidil.
Bagi Encik Aidil dan Encik Muhammad, kemenangan ini juga lebih istimewa bagi diri mereka secara peribadi kerana mahu memberi laluan kepada generasi baharu.
“Rancangan untuk kami berdua (saya dan Aidil) adalah untuk mengundur diri dari seni dikir barat untuk memberi laluan kepada pelapis-pelapis yang akan datang. Telah lama kami melibatkan diri dalam dikir barat - lebih 15 tahun dan ini masanya untuk kami memberi ruang untuk golongan pelapis melanjutkan seni dikir barat, untuk meneruskan perjuangan kami,” kongsi Encik Muhammad kepada wartawan Roslinda Rahmat.
“Dikir Barat ini seni yang tidak ramai masyarakat Melayu di Singapura tahu secara mendalam. Senarionya kecil, maka itu kalau boleh kita nak lagi ramai sertai. Jadi kalau kita tidak memberi laluan, kita tidak ada ruang untuk yang baru-baru untuk mengambil alih. Jadi saya rasa inilah masa yang paling tepat. Hari ini juga, dengan kemenangan ini, kita akan mengundur diri,” tambahnya.
Kemenangan sulung Semangat Keris itu dimaniskan lagi dengan menyapu empat anugerah individu besar lain.

Mereka meraih Anugerah Lagu Juara Pilihan Juri, Juara Terbaik, Paluan Muzik Terbaik dan Seni kata Terbaik.
MEGA PERDANA KEMBALI DENGAN SEMANGAT BAHARU
Beberapa pembaharuan diperkenalkan dalam edisi Mega Perdana kali ini setelah menyepi akibat COVID-19.
Pertandingan Dikir Barat ini kembali dianjurkan setelah enam tahun ditiadakan.
"Kali ini Mega Perdana bukan sahaja sebuah pertandingan tetapi sebuah platform untuk memberikan pengiktirafan kepada ahli gabungan yang terdahulu. Kami menjemput ahli gabungan yang terdahulu dan sebelum ini sebenarnya kami buat sebuah dokumentari - dokumentari mini sempena Bulan Bahasa. Jadi kami menemuramah ahli-ahli terdahulu mengabadikan kisah-kisah mereka dan hari ini mereka menjadi VIP ataupun tetamu kehormat kami,” ujar Naib Presiden Mega Perdana 2025, Siti Aishah Junaidi.
“Selain daripada itu, kami juga memberi pengiktirafan kepada Allahyarham Eddie Iskandar yang lebih dikenali sebagai Webmaster EdOne, yang telah membina lelaman dikirbarat.com. Jadi dia telah mengabadikan seni dikir barat ini daripada tahun 90-an dalam bentuk gambar, video dan lagu sebelum adanya media sosial dan sebelum adanya YouTube. Jadi itu sesuatu yang istimewa yang kami lakukan pada Mega Perdana tahun ini," tambahnya.
Lebih manis lagi, sambutan bagi pertandingan itu cukup menggalakkan dengan kesemua 1,500 tiket habis terjual dan memenuhi ruang auditorium Pusat Kebudayaan NUS.
Mega Perdana merupakan pertandingan Dikir Barat berprestij dan sudah dianjurkan sejak tiga dekad lalu.
Sebelum ini, ia diadakan setiap dua tahun sekali.

Kumpulan Kelana Purba membawa pulang $5,000 sebagai naib johan sementara kumpulan MakYong Kedek menerima $3,000 bagi tempat ketiga.
Sementara itu, kumpulan Wahana Deksu memenangi anugerah kumpulan wanita terbaik.
Keputusan Penuh Mega Perdana 2025
Johan: Semangat Keris
Naib Johan: Kelana Purba
Tempat Ketiga: MakYong Kedek
Kumpulan Wanita Terbaik: Wahana Deksu
Paluan Terbaik: Semangat Keris
Seni Kata Terbaik: Semangat Keris
Tok/Mek Juara Terbaik: Semangat Keris
Lagu Juara Pilihan Juri: Semangat Keris
Lagu Karut Pilihan Juri: Durbar Dua
Awak-awak Terbaik: Neng Nyno
Tukang Karut Terbaik: MakYong Kedek

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.