Semangat kebersamaan menyambut Aidilfitri kekuatan masyarakat majmuk SG: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Dr Faishal Ibrahim/Facebook)
SINGAPURA: Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Singapura mencerminkan semangat kebersamaan dalam sebuah masyarakat majmuk.
Ini didorong oleh semangat masyarakat Singapura untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran, sambil berkongsi kegembiraan bersama rakan dan jiran tetangga sekalipun berbeza agama.
"Inilah kekuatan kita, perpaduan dalam kepelbagaian."
Demikian menurut Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim dalam catatan beliau di laman Facebook pada Khamis (19 Mac).
Catatan beliau itu turut disertakan dengan video para Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam yang singgah di kedai membuat songkok milik Abdul Wahab Abdullah, yang lebih dikenali dengan jenama Songkok Beca, bagi menghargai seni di sebalik penghasilan songkok.
Haji Abdul Wahab juga disifatkan sebagai pembuat songkok terakhir di Singapura.

Sehubungan itu, Dr Faishal mengingatkan bahawa bulan Syawal yang bakal menjelang adalah waktu untuk masyarakat berkumpul, mengeratkan silaturahim, serta menyemai kasih sayang bersama keluarga, sahabat dan jiran tetangga.
"Semoga Syawal ini mengukuhkan lagi rasa saling menghormati dan menghargai antara kita, Insya-Allah," kata Dr Faishal.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.