Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semangat, erti sebenar Aidiladha tidak luput meski sambutan tahun ini berbeza, kata Presiden Halimah

Meskipun sambutan Aidiladha tahun ini terasa berbeza disebabkan COVID-19, semangat dan erti sebenar Hari Raya Haji tidak akan luput begitu saja.

Anggaran Waktu Membaca:
Semangat, erti sebenar Aidiladha tidak luput meski sambutan tahun ini berbeza, kata Presiden Halimah

Gambar fail Presiden Halimah Yacob. (Gambar: Hanidah Amin)

SINGAPURA: Meskipun sambutan Aidiladha tahun ini terasa berbeza disebabkan COVID-19, semangat dan erti sebenar Hari Raya Haji tidak akan luput begitu saja.

Demikian ditegaskan oleh Presiden Halimah Yacob dalam catatan di laman Facebooknya hari ini (30 Jul).

Beliau berkata demikian memandangkan ibadah haji bagi jemaah Singapura ditangguh dan ibadah korban secara mutlak pula tidak akan dijalankan di masjid-masjid di sini.

"Sedang kita meraikan nilai pengorbanan pada hari ini, mari kita juga renungkan bagaimana pengorbanan kecil yang kita lakukan hari ini, seperti jumlah terhad bagi solat jemaah di masjid, akan melindungi masyarakat daripada bahaya, dengan mengurangkan sebarang risiko penularan," tulis Puan Halimah.

Ini juga masanya, kata Puan Halimah, untuk masyarakat Islam melahirkan rasa syukur atas rahmat yang dikurniakan.

"Saya berbesar hati masjid-masjid akan meneruskan amalan mengagihkan sebahagian daging korban, yang diperolehi melalui upacara korban yang terpaksa disesuaikan mengikut keperluan semasa pandemik ini, kepada keluarga berpendapatan rendah dalam masyarakat," ujar beliau.

Puan Halimah turut mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat Islam dalam meraikan hari yang bermakna itu dengan orang-orang tersayang.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan