Skip to main content

Singapura

Semakin ramai warga SG dijangka turunkan pelan insurans kesihatan privet sedang premium meningkat

Para pemerhati pasaran menjangkakan lebih ramai orang di Singapura – terutamanya pesara dan mereka yang berumur 60 tahun ke atas – akan menurunkan taraf pelan insurans kesihatan privet mereka, memandangkan premium bagi Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu (IP) dijangka akan meningkat mulai bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Semakin ramai warga SG dijangka turunkan pelan insurans kesihatan privet sedang premium meningkat

Seorang pesakit dan jururawat di sebuah hospital di Singapura. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 27 Mar 2025 06:55AM Dikemas Kini : 27 Mar 2025 06:56AM
SINGAPURA: Para pemerhati pasaran menjangkakan lebih ramai orang di Singapura – terutamanya pesara dan mereka yang berumur 60 tahun ke atas – akan menurunkan taraf pelan insurans kesihatan privet mereka, memandangkan premium bagi Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu (IP) dijangka akan meningkat mulai bulan depan.

Ini sejajar dengan peningkatan premium MediShield Hayat, yang mungkin akan dinaikkan pada bulan April sebanyak 35 peratus dalam tempoh tiga tahun, bergantung kepada kumpulan usia individu.

Bagi kebanyakan penduduk Singapura, bagaimanapun, ini akan diimbangi sepenuhnya oleh langkah sokongan pemerintah.

TIDAK RAMAI WARGA TUA MEMILIKI IP

Sekitar tujuh daripada 10 penduduk Singapura mempunyai IP, yang menawarkan perlindungan insurans swasta selain MediShield Hayat.

Antara 2020 dan 2023, 2.2 peratus penduduk Singapura yang berumur lebih daripada 60 tahun melepaskan IP mereka sama sekali dan berpaling kepada MediShield Hayat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Sebaliknya, jumlah penduduk yang memiliki IP meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam kalangan mereka yang berumur bawah 60 tahun.

Terdapat penurunan 5 peratus pada penduduk yang mempunyai IP hospital swasta antara 2021 dan 2023, kata MOH.

Kementerian itu menyatakan bahawa ia "menggalakkan semua orang untuk menyemak perlindungan insurans privet mereka secara menyeluruh dan holistik, dengan mengambil kira keutamaan penjagaan kesihatan mereka, apa yang mereka ingin dilindungi, dan sama ada mereka mampu membayar pelan itu dalam jangka panjang".

ADAKAH SYARIKAT INSURANS AKAN MENAIKKAN PREMIUM IP?

Walau bagaimanapun, timbul kebimbangan para penyedia insurans privet akan menaikkan lagi premium IP untuk menangani inflasi perubatan dan penggunaan berlebihan.

Encik Eddy Cheong, Ketua Pegawai Eksekutif firma insurans Havend, berkata dengan kenaikan premium IP, orang ramai tidak berpuas hati kerana rawatan di hospital pemerintah semakin mahal.

"Wad Kelas A atau hospital privet semakin di luar jangkauan, terutamanya bagi mereka yang lebih tua - warga emas berusia 60 tahun ke atas - yang tidak lagi bekerja," katanya.

Beliau berkata ini mungkin bergantung kepada cara pelan IP sedang dilakar sekarang, dengan had "sangat tinggi" dan "sangat murah hati" yang "menjadikan kadar tuntutan yang lebih tinggi".

"Terdapat keperluan untuk mengawal keadaan ... Mungkin beberapa pertimbangan diperlukan untuk mengurangkan, mengubah saiz manfaat ini kepada sesuatu yang lebih berpatutan," tambahnya.

Menteri Kesihatan Ong Ke Yung juga memberi amaran pada tahun lalu bahawa peningkatan pada jumlah tuntutan perubatan yang dibolehkan oleh polisi insurans membawa kepada "sindrom bufet" yang tidak sihat, yang seterusnya akan meningkatkan kos.
Sumber : CNA/AW/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita