Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semakin ramai pilih makanan lebih murah, elak membazir sedang harga makanan naik

Anggaran Waktu Membaca:
01:26 Min
Lantaran itu, mereka ke platform online yang membantu pembekal dan peniaga menjual barangan lebihan serta yang hampir tamat tarikh luput, pada harga lebih murah.
Diterbitkan : 14 Mar 2023 11:14PM Dikemas Kini : 14 Mar 2023 11:33PM
SINGAPURA: Para pelanggan kini memburu hidangan dan barang dapur lebih murah di tengah-tengah harga makanan yang semakin meningkat.

Lantaran itu, mereka ke platform online yang membantu pembekal dan peniaga menjual barangan lebihan serta yang hampir tamat tarikh luput, pada harga lebih murah.

Selain itu, isu kemampanan juga didapati menarik minat pelanggan.

Sesi bufet makan tengah hari di sebuah hotel di pusat bandar Singapura hampir tamat tetapi makanan yang berlebihan tidak akan terbuang.

Sebuah syarikat yang menghubungkan hotel tersebut dengan pengguna melalui aplikasi online akan menjual makanan berlebihan pada separuh harga asal.

Platform 'treatsure' juga melakukan serupa bagi produk yang dijual peruncit lain. Khidmat tersebut sudah menyaksikan jumlah penggunanya meningkat.

Turut senasib adalah satu lagi platform 'Just Dabao' yang menjual makanan berlebihan dari restoran dan kedai roti pada harga lebih murah.

Pengasas bersama 'Just Dabao' berkata kadar penjualannya naik tiga kali ganda sejak 2021. Ia disokong perubahan dalam tingkah laku pengguna terhadap pilihan makanan lebih mampan.

Dengan inflasi makanan semakin meningkat dan pihak berkuasa menganggarkan paras itu kekal tinggi dalam tempoh masa terdekat, kedua-dua platform tersebut mungkin menyaksikan jumlah pelanggannya terus meningkat. Ini sedang mereka mengekalkan perbelanjaan yang rendah.
Sumber : CNA/RU/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan