Skip to main content

Singapura

Semakin ramai kanak-kanak dapatkan rawatan kesakitan kronik di KKH

Anggaran Waktu Membaca:
Semakin ramai kanak-kanak dapatkan rawatan kesakitan kronik di KKH

Gamabr fail Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH).

SINGAPURA: Lebih ramai kanak-kanak di Singapura mendapatkan rawatan bagi kesakitan kronik yang boleh berlarutan sehingga beberapa tahun.

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) menyatakan tahun lalu sahaja ia menerima 130 kes sedemikian. Jumlah itu seganda lebih banyak berbanding bilangannya tiga tahun lalu.

Klinik Pengurusan Kesakitan Kanak-kanak Hospital KK adalah klinik pakar yang pertama seumpamanya di rantau ini. Ia menangani kesakitan kronik yang rumit dalam sekitaran rawatan pesakit luar. Setiap kanak-kanak juga menerima rawatan yang khusus untuknya.

Usaha Hospital KK dalam mengurus dan mendidik orang ramai mengenai kesakitan kanak-kanak telahpun mendapat pengiktirafan antarabangsa.

KKH menjadi institusi perubatan pertama di luar Amerika Syarikat dan Kanada yang mendapat pentauliahan dari pertubuhan antarabangsa, ChildKind.

Ia menyertai 11 hospital pediatrik terkemuka di dunia.

Sumber : CNA/MU/ kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita