Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semakan prosedur FHCB mampu hasilkan harga lebih rendah, bersaing bagi pengguna

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat-syarikat produk halal menyatakan, langkah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) merombak prosedur bagi pentadbiran Badan Pengiktirafan Halal Luar Negara (FHCB), mampu menghasilkan harga produk halal yang lebih rendah atau lebih bersaing bagi para pelanggan.

Menerusi perubahan itu juga, pelbagai maklumat mengenai FHCB yang diiktiraf MUIS boleh diakses dengan mudah menerusi laman MUIS, dan semua ini menjimatkan masa dan proses kerja bagi syarikat-syarikat.

Buat masa ini, MUIS mengiktiraf sebanyak 77 FHCB dari sekitar 40 negara seperti Australia, Jepun, Amerika Syarikat dan Brazil.

Daftar senarai FHCB itu, menurut syarikat-syarikat halal yang kami temui, dijangka berkembang dengan lebih banyak badan pengiktirafan halal asing disertakan.

PONDOK ABANG ALU-ALUKAN SKIM FHCB DIPERTINGKAT

Syarikat pengeluar makanan halal seperti Pondok Abang, khususnya mengalu-alukannya kerana ini akan membuka pembekal-pembekal dari seluruh dunia kepada Singapura.

Eksekutif Pembangunan Perniagaan Kanan Pomdok Abang, Encik Habib Mansoor

"Jika hanya beberapa negara, harga biasanya lebih tinggi kerana mereka tahu mereka ada semacam kawalan terhadap pasaran. Tetapi jika lebih banyak negara diserakan, harganya akan sederhana, harganya bersaing bagi pengilang seperti kami. Penjimatan ini dapat kami hulurkan kepada para pelanggan kami," menurut Eksekutif Pembangunan Perniagaan Kanan Pomdok Abang, Encik Habib Mansoor. 

Tambahnya lagi, dengan adanya lebih banyak pembekal dan produk dengan banyak harga berbeza-beza, ini memberi pilihan kepada pihak syarikat. Dengan kemampuan mendapatkan bahan halal pada harga lebih berpatutan, ia juga akan memberi kelebihan persaingan kepada syarikat-syarikat tempatan. 

Encik Habib menambah: "Bagi jenama-jenama tempatan mengeluarkan produk, mereka masih memerlukan bahan mentah dan sebahagian bahan mentah ini tidak boleh didapati di Singapura. Contohnya daging lembu, kambing.

"Anda boleh dapatkan dari pembekal tempatan tapi mereka sendiri dapatkan dari pembekal luar negara."

Jadi, jika pihak syarikat pengeluar dapat memperoleh bahan mentah dengan harga lebih rendah juga, pihak syarikat masih boleh menjual pada harga yang sama dan tidak perlu menaikkan harga.

Dengan itu juga, selain tidak menaikkan harga, pihak syarikat juga dapat meraih keuntungan lebih tinggi.

BOLEH PENDEKKAN PROSES PEMEROLEHAN 6 BULAN HINGGA SETAHUN

Syarikat pengeluar dan pembekal perisa halal, Symrise Asia Pacific Pte Ltd pula gembira dengan hakikat bahawa kesemua maklumat FHCB akan dipaparkan di laman MUIS, dan ini akan menjadikan proses pemerolehan bahan halal lebih berkesan.

Antara lain, syarikat yang mengeluarkan lebih 2,000 produk halal itu menekankan, ini dapat memendekkan sebahagian proses pemerolehannya sebanyak enam bulan hingga setahun bagi sesetengah bahan halal.

Pengerusi Jawatankuasa Halal Symrise Asia Pacific, Encik Ng Kim Keat

Pengerusi Jawatankuasa Halal Symrise Asia Pacific, Encik Ng Kim Keat berkongsi antara cabaran yang dihadapi para pembekal.

"Cabaran lazim yang kita hadapi daripada ribuan pembekal luar negara ialah mereka tidak tahu badan-badan pensijilan yang diiktiraf MUIS. Kini kami boleh beritahu mereka, ini dia laman webnya. 

"Ini pautan kepada Badan Pensijilan Halal Luar Negara MUIS dan syarat-syaratnya. Kami mahu berniaga dengan anda, jadi sediakan bahan-bahan anda agar disahkan. Jadi, ini perkembangan sangat baik, kongsi Encik Ng.

Menurut Encik Habib pula, portal sehenti di laman MUIS itu nanti dapat menjimatkan "sehingga 80 peratus" masa menguruskan isu-isu pengesahan kehalalan bahan dan syarikatnya.

"Dalam masa beberapa minit sahaja kita dapat  melihat data seara online. Selepas mendapatkan maklumat secara online, anda sudahpun boleh menghubungi pihak pembekal kerana anda sudah dapat membuat proses pengesahan.

"Jadi langkah seterusnya ialah melakukan apa yang syarikat-syarikat selalu lazim lakukan - bertanyakan harga, berapa lama ia mengambil masa untuk diimport ke Singapura," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan