Skip to main content

Singapura

Semakan Perancangan Perubahan Industri bagi rangsang transformasi perusahaan dijangka selesai jelang 2022

Semakan pada Perancangan Perubahan Industri (ITM) yang membantu transformasi perusahaan akan selesai menjelang tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Semakan Perancangan Perubahan Industri bagi rangsang transformasi perusahaan dijangka selesai jelang 2022

Latar langit Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan RAHMAN)

Diterbitkan : 05 Apr 2021 08:55PM Dikemas Kini : 05 Apr 2021 08:57PM

SINGAPURA: Semakan pada Perancangan Perubahan Industri (ITM) yang membantu transformasi perusahaan akan selesai menjelang tahun depan.

Memberikan perkembangan itu di Parlimen siang tadi (5 Apr), Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata Perancangan Perubahan Industri (ITM) perlu dikemas kini kerana lebih banyak tumpuan diberikan kepada pendigitalan dan kemampanan selepas pandemik COVID-19.

Menurut DPM Heng, ITM yang dikemas kini akan saling dilengkapi oleh usaha Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh dan Perikatan Singapura Bersama, yang menjadi pencari laluan bagi membantu kita merebut peluang meskipun di tengah-tengah COVID-19.

ITM Singapura kata beliau, menentukan laluan ke hadapan bagi setiap sektor agar berdaya saing, rakyat dapat akses kepada pekerjaan dan peluang-peluang baik yang meningkatkan kehidupan.

Menjawab soalan Anggota Parlimen SMC Pioneer Patrick Tay dan AP GRC Pasir Ris-Punggol, Sharael Taha, Encik Heng berkata majoriti ITM dalam laluan yang betul untuk memenuhi sasaran sebelum pandemik melanda.

Encik Heng menambah, daya penghasilan buruh Singapura naik 2.7 peratus setiap tahun dari 2016 hingga 2019, atau kenaikan 0.5 peratus sebelum tiga tahun sebelumnya.

Menurut Encik Heng lagi, belanjawan sudah diperuntukkan bagi menjamin peluang-peluang yang timbul akibat pandemik.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita