Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semakan langkah COVID-19 ditangguh sedang jumlah kes tempatan kekal tinggi - MOH

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Semakan kepada langkah-langlah pengurusan selamat akan ditangguh sedang jumlah kes harian tempatan kekal tinggi.

"Jumlah kes yang di hospital buat masa ini juga masih tinggi dan para petugas jagaan kesihatan kita masih di bawah tekanan berat," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (4 Mac).

Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian mengumumkan pada 24 Februari bahawa ia akan menyatukan perubahan-perubahan untuk menyemak langkah-langkah pengurusan selamat dan melaksanakannya pada tarikh lain kelak.

"Ini memandangkan kerja-kerja menyeluruh yang dilakukan semasa menyemak peraturan-peraturan terperinci dalam sekitaran berbeza serta kenaikan kes," menurut MOH.

Bagaimanapun, memandangkan keadaan sedia ada, MOH menyatakan perancangan-perancangan ini akan ditangguhkan.

"Oleh yang demikian, meskipun langkah-langkah tersebut sebahagian besarnya diperhalusi dan tidak dijangka menyababkan kenaikan risiko penularan atau menjejas keadaan epidemik kita, kami akan menangguhkan buat sementara lagi, sebagai perpaduan kepada petugas jagaan kesihatan kita," menurut MOH.

Ia menambah bahawa kadar pertumbuhan jangkitan mingguan merosot ke bawah paras satu dalam dua hari lalu, menunjukkan bahawa gelombang epidemik sedia ada di Singapura mungkin sudah melepasi kemuncaknya.

Sumber : CNA/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan