Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Seluruh koridor HDB di Yishun ini meriah dihiasi lampu lap lip

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Perhiasan lampu lap lip tidak asing lagi setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Bukan sahaja dapat menyalakan kawasan rumah dengan lampu berwarna-warni, namun ia juga menambah seri dan kemeriahan di seluruh kawasan itu.

Jelas, ia juga menambah semangat Raya di koridor sebuah blok Lembaga Perumahan dan Perumahan (HDB) di Yishun.
Bukan sahaja dihiasi dengan lampu lap lip yang berkelipan, malah koridor itu turut dilengkapi dengan tirai dan perhiasan ketupat dan sebagainya.

Video yang dimuat naik di laman Tik Tok oleh ejen hartanah dan juga Pengarah Kanan Pemasaran di ERA, Encik Fathie Kamal itu malah sudah mendapat lebih 98,000 tontonan.

Dengan Hari Raya bakal menjelang dalam sekitar 10 hari lagi, tidak hairanlah jika lebih banyak koridor HDB di Singapura dihiasi dengan lampu lap lip yang berwarna-warni seperti ini!
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan