Selepas pelantikan pemimpin, tumpuan PAP kini ke arah masa depan: Iswaran
Setelah barisan pemimpin baru Parti Tindakan Rakyat (PAP) diketahui, tumpuannya kini adalah ke arah masa depan bersama dan bekerjasama rapat dengan warga Singapura.
SINGAPURA: Setelah barisan pemimpin baru Parti Tindakan Rakyat (PAP) diketahui, tumpuannya kini adalah ke arah masa depan bersama dan bekerjasama rapat dengan warga Singapura.
Demikian ulasan Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berhubung pelantikan Encik Heng Swee Keat dan Encik Chan Chun Sing ke dalam tampuk kepimpinan baru PAP.
"Ia bukan sekadar individu tetapi bagaimana kita berfungsi sebagai sebuah kumpulan yang akan menentukan kejayaan dan hala tuju masa depan. Saya fikir kedua-dua Encik Heng Swee Keat dan Encik Chan Chun Sing melambangkan kepentingan kepada pasukan," kata Encik Iswaran kepada para wartawan hari ini (25 Nov).
Beliau juga menyifatkan kedua-dua Encik Chan dan Encik Heng sebagai komited dalam merealisasikan cita-cita jangka panjang bagi warga Singapura.
"Saya mempunyai pengalaman yang baik bekerja dengan mereka dan saya tahu apa yang menjadi keutamaan mereka dan paling penting, komitmen mendalam mereka untuk berkhidmat kepada Singapura serta bekerjasama bagi memastikan cita-cita jangka panjang bagi semua rakyat Singapura."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.