Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Selepas OCBC, DBS pula beri amaran terhadap penipuan SMS

DBS pada Rabu (19 Jan) mengeluarkan amaran terhadap penipuan menerusi kiriman SMS setelah tular satu petikan skrin kiriman mesej yang diterima oleh seorang pelanggan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: DBS pada Rabu (19 Jan) mengeluarkan amaran terhadap penipuan menerusi kiriman SMS setelah tular satu petikan skrin kiriman mesej yang diterima oleh seorang pelanggan.

Mesej itu seolah-olah mendakwa bahawa akses pelanggan itu kepada beberapa khidmat sudah "digantung" dan ia melampirkan pautan untuk pelanggan itu mengesahkan butiran peribadinya.

Dalam catatan Facebooknya, DBS menggesa para pelanggan supaya jangan menekan pautan dalam kiriman SMS itu.

"DBS tidak akan meminta butiran akaun atau OTP (kata kunci sekali saja) menerusi telefon, emel atau SMS. Sila yakin bahawa kami sedang berusaha untuk menutup lelaman sedemikian yang memancing maklumat peribadi," menurut DBS dalam catatan tersebut.

Penipuan menerusi SMS itu terbongkar menyusuli penipuan baru-baru ini yang melibatkan hampir 470 pelanggan OCBC, yang mengalami kerugian S$8.5 juta setelah menerima mesej-mesej palsu yang muncul dalam kiriman mesej sah yang dihantar oleh OCBC bagi pemberitahuan mengenai OTP dan makluman urus niaga.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan