Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Selepas air, kini tenaga cabaran utama S'pura 50 tahun akan datang: Chan Chun Sing

Selepas menangani isu memenuhi permintaan air Singapura untuk 50 tahun yang lalu, menepati keperluan tenaga Singapura dengan mampan akan menjadi cabaran utama negara ini untuk lima dekad seterusnya, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas air, kini tenaga cabaran utama S'pura 50 tahun akan datang: Chan Chun Sing

Gambar fail Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing. (Gambar: Penguasa Pasaran Tenaga)

Diterbitkan : 12 Mar 2021 09:43AM Dikemas Kini : 12 Mar 2021 09:53AM

SINGAPURA: Selepas menangani isu memenuhi permintaan air Singapura untuk 50 tahun yang lalu, menepati keperluan tenaga Singapura dengan mampan akan menjadi cabaran utama negara ini untuk lima dekad seterusnya, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.

Encik Chan berkata demekian dalam siaran podcast CNA, Mediacorp, The Climate Conversations.

"Apabila kami pertama kali mencapai kemerdekaan, keutamaan kami adalah mendapatkan air yang cukup. Masa berlalu dan saya rasa keperluan air kita juga sudah meningkat. Kini, hari ini kita memiliki teknologi untuk merawat air, mengitar semula air dan sebagainya. Bagaimanapun, itu hanya menukar kebergantungan pada bekalan air luaran kepada bekalan tenaga luaran, menurut Encik Chan.

"Oleh itu saya sering berkata jika air merupakan cabaran kita sejak 50 tahun yang lalu, tenaga akan menjadi cabaran kita bagi 50 tahun akan datang."

Encik Chan berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada ketua editor digital CNA Jaime Ho, yang bertanya apakah perincian "penetapan semula tenaga" yang ditakrifkan Pemerintah, dan apakah bentuk peralihan tenaga negara.

Encik Chan menekankan cabaran Singapura sebagai negara yang kekurangan sumber tenaga alternatif dengan akses terhad kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.

"Satu-satunya tenaga boleh diperbaharui yang kami miliki, mungkin solar, dan kami sudah buat perkiraan, meskipun sekiranya kami meliputi setiap inci kawasan tanah dan laut dengan panel suria, kami masih tidak akan dapat menjana tenaga diperbaharui semula yang cukup bagi penakatan kami, berdasarkan teknologi sedia ada," katanya.

Oleh demikian, Singapura perlu terus mencari cara-cara yang lebih cekap untuk mengurangkan permintaan tenaga, kata Encik Chan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan