Selepas 40 tahun, flat HDB baharu di Lakeview & Shunfu bakal dilancarkan pada Jun ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 40 tahun, kawasan Lakeview dan Shunfu akan mendapat perumahan awam baharu, dengan kira-kira 1,600 buah rumah akan dibina di kawasan tersebut.
Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) mengumumkan pada Isnin (2 Feb) bahawa tiga projek Bina Ikut Tempahan (BTO) akan dilancarkan di kawasan tersebut bermula dari Jun 2026.
"Projek-projek ini akan menawarkan lebih banyak pilihan perumahan kepada pembeli rumah, terutamanya mereka yang ingin tinggal berdekatan dengan keluarga di bandar berhampiran seperti Toa Payoh, Bishan dan Ang Mo Kio, demi penjagaan dan sokongan bersama yang lebih baik," menurut HDB dalam satu kenyataan media.
Projek tersebut juga akan membawa kemudahan tambahan di kawasan itu, seperti pusat jagaan kanak-kanak dan pusat Rangkaian Penduduk.
Projek pertama, di Lakeview, akan dilancarkan dalam sesi jualan BTO Jun 2026, dengan kerja-kerja binaan akan dijalankan bermula suku kedua tahun tersebut.
Terletak di antara Upper Thomson Road dan kondominium Lakeview Estate, projek itu akan menawarkan kira-kira 1,200 unit merangkumi lima blok kediaman. Ia terdiri daripada 470 unit flat 2-bilik Flexi dan 740 unit flat 4-bilik, serta kira-kira 50 unit flat sewa awam yang disatukan dalam dua daripada blok tersebut.
"Dua lagi projek akan dilancarkan dalam tempoh dua tahun akan datang," menurut HDB, sambil menambah bahawa ia akan menawarkan sebanyak 130 unit flat 3-bilik dan 290 unit flat 4-bilik.
HDB menyatakan bahawa projek pertama di Lakeview ini akan dibina supaya nampak sepadan dengan kawasan sekitar. Blok rumahnya ada bermacam ketinggian, antara 18 hingga 40 tingkat, di mana blok yang lebih rendah akan diletakkan berhampiran dengan kawasan rumah-rumah rendah sedia ada.
"Blok-blok ini akan dihalakan untuk menawarkan pemandangan indah kepada penduduk, termasuk kawasan Takungan Air MacRitchie yang berdekatan," kata lembaga berkanun tersebut.
Butiran lanjut mengenai projek itu, termasuk klasifikasinya (Standard, Plus, atau Prime), akan diumumkan menjelang sesi jualan Jun 2026.
Antara kemudahan baharu yang akan ditempatkan di dalam projek BTO Lakeview yang pertama adalah kedai makan, kedai runcit, klinik, kedai roti dan salun rambut.
Terdapat juga kemudahan masyarakat di ketiga-tiga projek tersebut untuk menyatukan orang ramai dari semua peringkat umur bagi tujuan sukan atau rekreasi.
"Sebagai contoh, taman permainan tiga generasi akan menyediakan ruang yang selamat dan menarik untuk kanak-kanak bermain, manakala stesen kecergasan dewasa dan warga emas akan menggalakkan gaya hidup aktif melalui senaman," katanya.
Penduduk juga dapat menikmati taman berbumbung di atas bangunan tempat letak kereta bertingkat.
Satu lagi ciri menarik adalah penyusunan semula laluan penghubung taman di sepanjang Upper Thomson Road untuk menyediakan akses mudah ke ruang hijau seperti Takungan Air MacRitchie. Laluan berbumbung baharu juga akan menghubungkan projek BTO Lakeview ke perhentian bas di Upper Thomson Road.
"Kemudahan baharu dan yang dipertingkatkan ini akan memberikan kemudahan tambahan kepada penduduk baharu dan sedia ada serta mewujudkan kawasan kejiranan yang rancak," tambah HDB.
Menteri Pembangunan Negara, Chee Hong Tat, pada Selasa berkata bahawa lebih banyak perumahan awam dibawa masuk ke kawasan matang supaya ia kekal "inklusif dan bertenaga untuk penduduk semua peringkat umur".
"Kami mahu menyokong anggota keluarga untuk tinggal lebih dekat antara satu sama lain bagi tujuan penjagaan dan sokongan bersama," katanya, sambil menambah bahawa itu adalah pertimbangan utama untuk perumahan awam.
Bulan lalu, Encik Chee mengumumkan bahawa 19,600 flat BTO akan dilancarkan pada tahun 2026, termasuk lebih 4,000 flat dengan tempoh menunggu yang lebih singkat iaitu kurang tiga tahun.
Flat-flat tersebut akan disediakan melalui tiga sesi jualan pada Februari, Jun dan Oktober, yang menampilkan rangkaian flat kategori Standard, Plus dan Prime.
Lokasi untuk flat-flat itu termasuk Ang Mo Kio, Bukit Merah, Sembawang, Toa Payoh, Tampines, Woodlands dan Yishun.

Sumber : CNA/NK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.