Selepas 2 tahun perayaan Tahun Baru 'suram', ramai ke Marina Bay sambut 2023
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA/Grace Yeoh
SINGAPURA: Gerimis pada waktu petang pada Sabtu (31 Dis) tidak menjejas semangat orang ramai yang berbondong-bondong ke kawasan Marina Bay, lengkap dengan payung dan kamera untuk 'selfie', sementara menantikan kemuncak sambutan Tahun Baru Singapura, yang buat pertama kalinya diadakan secara besar-besaran sejak COVID-19.
Pelbagai kegiatan diadakan di merata tempat di kawasan Marina Bay namun mereka yang ditemu bual Mediacorp berkata mereka hanya menantikan pertunjukan bunga api.
Voon Hou Yeu, warga Malaysia berusia 25 tahun yang menetap di Singapura, tiba pada pukul 6.00 petang untuk meninjau tempat yang baik untuk melihat bunga api.
Ini adalah kali pertama beliau berada di Marina Bay sempena pesta Tahun Baru kerana beliau biasanya menghabiskan malam Tahun Baru bersama keluarganya di Malaysia.
"Memandangkan saya tidak pulang ke Malaysia, saya memutuskan untuk datang ke sini. Selepas COVID, semua orang meraikannya. Saya suka orang ramai," kata pekerja jagaan kesihatan itu.
"Saya hanya mahu merasakan keghairahan semua orang yang sedang menikmati saat ini, seperti orang berkumpul dan menghabiskan masa bersama."
Lok Jun Xin, 11 tahun, yang sudah biasa ke acara kiraan detik bagi Tahun Baru sebelum ini, berasa teruja dapat menyambut perayaan itu sekali lagi dan untuk "melangkah ke tahun baru".
"Bahagian saya paling suka ialah pertunjukan bunga api. Sangat menyedihkan tidak dapat melihat bunga api yang cantik (sejak beberapa tahun kebelakangan ini)," kata remaja lelaki dari Singapura itu.
Pelancong yang menyambut Tahun Baru buat kali pertama di Singapura turut melahirkan rasa gembira kerana berada di kawasan Marina Bay.
Masira Rosli tiba di Singapura dua hari lalu untuk bercuti sambil berehat.
Wanita berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu yang di Marina Bay bersama adik perempuannya, berkata beliau ingin datang ke kawasan Marina Bay memandangkan sambutan di rumah "tidak semeriah di sini".
"Seronok melihat ramai orang di sini dari seluruh dunia. Perasaan menyenangkan berada di sini selepas COVID," katanya.
Cik Masira menambah bahawa dia menghargai laman Crowd@Marina Bay yang menunjukkan tahap kesesakan, kerana ia membuatkan beliau "rasa selamat".
Pasukan Polis Singapura mengehadkan akses ke kawasan tertentu bergantung kepada keadaan orang ramai, menutup dan membuka semula kawasan sebagai sebahagian daripada langkah kawalan orang ramai.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.