Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Selepas 13 tahun menghilang, Kg Gelam kembali dengan kempen Ramadan

Buat pertama kalinya dalam masa 13 tahun, Kampong Gelam kembali bercahaya dengan kempen Ramadan yang termasuk penyalaan lampu Hari Raya, yang bermula hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Buat pertama kalinya dalam masa 13 tahun, Kampong Gelam kembali bercahaya dengan kempen Ramadan yang termasuk penyalaan lampu Hari Raya, yang bermula hari ini.

Kempen Cahaya Ramadan ini dilancarkan Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee di Taman Warisan Melayu malam tadi (10 Apr). Beliau turut diiringi Setiausaha Parlimen Kesihatan Rahayu Mahzam dan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

Kawasan Kampong Gelam adalah kawasan kedua untuk menyalakan lampu Hari Raya secara besar-besaran selepas Geylang Serai semalam (9 Apr).

Buat pertama kalinya juga, pertunjukan cahaya bertemakan budaya dipamerkan di Masjid Sultan sebagai sebahagian daripada kempen tersebut.

Kesemuanya 20 acara berbeza akan dijalankan dalam kempen Cahaya Ramadan itu.

"Kami telah menyediakan banyak program online dan juga offline di kawasan Kampong Gelam, antaranya seperti video-video memasak, video-video senaman dan juga video-video infotainment, di mana ia meliputi di kawasan Kampong Gelam,"kata ketua projek Cahaya Ramadan, Encik Sudirman Muzaini berkongsi rancangan yang sudah disediakan bagi kempen tahun ini.

"Kami juga adakan kursus memasak, kraftangan dan juga aktiviti mengunjung ke Kampong Gelam melalui basikal dan melalui 'virtual tour'."

Pertunjukan lampu di Masjid Sultan akan dijalankan pada 7.45 malam dan 9.45 malam setiap hari.

Dari hari Jumaat hingga Ahad, ia juga akan diadakan pada 10.20 malam.

Setiausaha Parlimen Kesihatan Rahayu Mahzam berkata: "Ini adalah saya rasa satu peluang untuk kita mendekatkan masyarakat untuk mengetahui tentang budaya, sejarah dan adat kita semasa bulan Ramadan ini jadi saya rasa ini sesuatu yang elok dan juga mendekatkan kita kepada masyarakat lain."

Hiasan lampu di sepanjang Bussorah Street akan dinyalakan dari 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Kempen Cahaya Ramadan serta pertunjukan dan penyalaan lampu di sekitar kawasan Kampong Gelam akan berlangsung sehingga 17 Mei ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan