Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Selebriti Suhaimi Yusof diserang angin ahmar; kini dirawat di TTSH

Personaliti terkenal Suhaimi Yusof diserang angin ahmar sekitar pukul 6.30 petang pada Ahad (28 Apr) and kini sedang menjalani rawatan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Anggaran Waktu Membaca:
Selebriti Suhaimi Yusof diserang angin ahmar; kini dirawat di TTSH

(Gambar: BERITA Mediacorp/Rosli Razak)

Personaliti terkenal Suhaimi Yusof diserang angin ahmar sekitar pukul 6.30 petang pada Ahad (28 Apr) and kini sedang menjalani rawatan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

"Doktor menjalankan pelbagai ujian dan mengesahkan saya diserang angin ahmar Cerrebellum sekitar 9.00 pagi tadi. Keadaan saya stabil dan mungkin dirawat selama seminggu."

Ini menurut Suhaimi yang mendedahkan demikian kepada wartawan Rosli A Razak yang melawatnya di hospital hari ini (30 Apr).

"Kami menyambut ramai tetamu yang beraya ke rumah kami pada hari Ahad lalu dan keadaan kesihatan saya seperti biasa sahaja. Saya meninggalkan rumah sekitar pukul 6.30 petang kerana perlu memenuhi undangan sebagai pengacara dalam satu perjumpaan Hari Raya di Kelab Masyarakat Yishun pada malam itu.

"Saya terasa seperti kepala saya 'pusing' secara tiba-tiba sebaik sahaja keluar dari lif. Sebelum saya rebah, saya sempat menelefon isteri saya yang segera menelefon ambulans," kongsi Suhami, 55 tahun.

Isterinya Cik Siti Yuhana Sulaiman menemani beliau ke hospital, disusuli dengan ketiga-tiga anak mereka.

"Pada awalnya, saya merasa terperanjat dan bingung tentang apa yang berlaku. Di hospital, saya menjalani berbagai-bagai pemeriksaan termasuk imbasan MRI dan ujian darah. Baharu pagi tadi doktor memberitahu bahawa saya diserang angin ahmar serebelum, iaitu apabila bekalan darah ke bahagian otak terjejas dan menyebabkan masalah pergerakan dan keseimbangan. Diagnosis juga menunjukkan saya juga mempunyai penyakit kencing manis jenis 2 di mana terdapat paras gula juga yang tinggi," kata beliau.

Beliau dan isteri mengucapkan terima kasih kepada saudara-mara dan teman-teman yang prihatin terhadap keadaan kesihatan beliau.

"Kami terima banyak sekali panggilan dan mesej yang ingin tahu tentang keadaan kesihatan saya apabila berita saya dimasukkan ke hospital tersebar. Malah, ada spekulasi saya telah diserang penyakit jantung tetapi kami hanya memaklumkan anggota keluarga terdekat dahulu sementara menantikan pengesahan doktor," tambah beliau.

Pasangan tersebut berharap agar orang ramai tidak lagi membuat sebarang spekulasi mengenai keadaan kesihatan beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan