Selain pencetus minda, universiti boleh main peranan menggembleng tenaga belia, kata Chan Chun Sing
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata universiti bukan sahaja memainkan peranan penting untuk membina kepercayaan dan menghuraikan masalah, tetapi juga sebagai pencetus minda.
Universiti boleh mengumpulkan idea-idea bersama serta tenaga golongan belia di ASEAN.
Berucap di sidang puncak para pemimpin universiti, Encik Chan menggesa kerjasama lebih kukuh, baik di dalam mahupun luar negara.
"Saya seru kepada semua yang berada di ruang ini untuk terus mengukuhkan pelbagai pertukaran sedia ada, baik dari peringkat mahasiswa hingga pos-siswazah.
"Jadi kita dapat menyemai benih untuk generasi seterusnya memupuk kepercayaan strategik penting, bagi menghuraikan atau setidaknya mengendalikan pelbagai isu semasa yang utama - dari perubahan iklim kepada isu geopolitik," kata Encik Chan.
Beliau turut menyeru agar interaksi serta pertukaran di peringkat serantau dipertingkatkan, dengan tumpuan dalam bidang kajian sains kemasyarakatan, bagi mengatasi gejala sosial yang dihadapi rantau ini.
Semasa persidangan tersebut, 24 pemimpin dari pelbagai universiti telah membincangkan isu-isu seperti inovasi, keusahawanan serta kemampanan di ASEAN.

Sumber : CNA/IQ/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.