Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekurang-kurangnya satu syarikat insurans utama rancang tawar perlindungan COVID-19 lebih baik

Orang ramai yang merancang ke luar negara boleh menjangkakan perlindungan insurans berkaitan COVID-19 yang lebih baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2020 06:08PM Dikemas Kini : 14 Nov 2020 09:05PM

SINGAPURA: Orang ramai yang merancang ke luar negara boleh menjangkakan perlindungan insurans berkaitan COVID-19 yang lebih baik.

Pada masa ini, kebanyakan syarikat insurans tidak membenarkan tuntutan sedemikian tetapi sekurang-kurangnya sebuah syarikat insurans utama merancang untuk menawarkan perlindungan COVID-19.

Langkah itu diambil di sebalik permintaan yang kian meningkat sedang sekatan-sekatan sempadan dilonggarkan.

Insurans sedemikian amat membantu Cik Darrylin Lee yang merancang untuk ke Hong Kong, di mana terletak ibu pejabat syarikat beliau.

Sebelum ini, beliau bimbang akan dijangkiti virus COVID-19 dan perlu menanggung bil perubatan yang tinggi sekiranya mendapat rawatan perubatan di luar negara.

Menurut NTUC Income, ia sedang berusaha untuk menyediakan insurans perjalanan dengan perlindungan COVID-19 yang "sesuai" tidak lama lagi.

Syarikat-syarikat insurans lain seperti Great Eastern bagaimanapun mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Ia sedang memantau keadaan penularan COVID-19 serta kelonggaran kepada sekatan perjalanan.

Sementara itu, beberapa syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines sudahpun menawarkan sebahagian perlindungan insurans berkaitan COVID-19.

Dengan lebih banyak negara seperti Singapura membuka semula sempadan secara tahap-tahap, mereka yang ingin pergi bercuti berharap lebih banyak syarikat insurans akan memberikan perlindungan maksimum terhadap COVID-19.

Ini meskipun mereka perlu membayar premium yang lebih tinggi.

Sumber : CNA/RR/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan