Sekurang-kurangnya S$213,000 lesap dalam penipuan tiket konsert Taylor Swift sejak Jan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Suzanne Cordeiro/AFP)
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya S$213,000 lesap disebabkan penipuan tiket konsert Taylor Swift sejak dua bulan lalu.
Lebih 330 orang menjadi mangsa penipuan demikian pada Januari dan Februari, dedah Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (1 Mac).
Taylor Swift sedang berada di Singapura bagi enam pertunjukan, yang tiketnya laris dijual. Konsert Taylor Swift itu juga satu-satunya pertunjukan di Asia Tenggara.
"Polis ingin mengingatkan orang awam supaya menjadi pembeli online yang berhati-hati, terutama ketika membeli tiket konsert daripada penjual pihak ketiga, menjelang konsert Taylor Swift," tegas polis.
Bulan lalu, polis memberi amaran terhadap penipuan tiket konsert, kebanyakannya bagi pertunjukan Taylor Swift, Coldplay, Yoasobi, Joker Xue dan Enhypen.
Carousell sudah menggantung penjualan tiket konsert Taylor Swift. Polis juga memberi amaran bahawa penipu mungkin akan beralih ke platform lain, terutamanya Telegram.
TIKET PALSU
Mangsa akan menemukan tiket konsert Taylor Swift yang dijual di platform online seperti Telegram, X, Facebook dan Xiaohongshu.
Penipu kemudian akan membawa mangsa ke WhatsApp, Telegram atau WeChat, di mana mereka akan mengarahkan mangsa untuk membuat bayaran melalui PayNow, pemindahan bank atau kredit maya, seperti kad iTune.
Mangsa hanya akan sedar mereka ditipu apabila tiket tidak diberikan atau ketika penipu tidak boleh dihubungi.
Polis menggesa orang ramai supaya tidak membeli tiket daripada penjual pihak ketiga dan hanya membelinya daripada penjual yang sah. Wadah penjualan tiket online yang sah, seperti Ticketmaster, menawarkan pengesahan tiket dan mengesyorkan bayaran balik bagi mereka yang menerima tiket tidak sah.
Orang ramai juga dinasihatkan membuat bayaran selepas menerima tiket, tambah polis.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.