Sekurang-kurangnya S$182,000 lesap dalam kes tipu samar pegawai sejak Jan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Pasukan Polis Singapura)
SINGAPURA: Polis mengeluarkan peringatan kepada orang ramai pada Khamis (9 Feb) mengenai kes penipuan melibatkan penipu menyamar sebagai pegawai dari agensi-agensi pemerintah.
Sekurang-kurangnya 148 mangsa kehilangan sekurang-kurangnya S$182,000 kepada penipu-penipu sedemikian sejak Januari.
Dalam kenyataannya, Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan mangsa akan menerima panggilan telefon atau panggilan menerusi sesebuah aplikasi seperti WhatsApp.
Penipu tersebut akan mendakwa dia dari Kementerian Tenaga Menusia (MOM) atau polis, sebelum menyatakan bahawa kononnya terdapat masalah dengan akaun bank mangsa dan pengesahan tambahan perlu dibuat.
Mangsa kemudian akan diminta untuk menyediakan butiran bank atau maklumat peribadi - seperti kata laluan sekali sahaja (OTP) - bagi menghuraikan masalah yang dikatakan itu.
Penipu tersebut juga mungkin akan miminta mangsa menunjukkan kad pengenalan mereka, permit kerja atau kad bank semasa panggilan menerusi apikasi video.
Mangsa akan hanya sedar mereka sudah ditipu setelah mendapati ada transaksi yang tidak dibenarkan dari akaun bank mereka.
SPF menekankan bahawa orang ramai tidak seharusnya memberi maklumat dan kata kunci akaun bank mereka, atau membuat pemindahan wang ke mana-mana akaun bank.
Polis menggesa orang ramai supaya memuat turun aplikasi ScamShield, yang mana mampu menyekat panggilan penipuan. Selain itu, orang ramai juga digesa agar tidak berkongsi butiran perbankan mereka dengan sesiapa di telefon.
Mereka juga boleh melaporkan sebarang nombor yang menganggu kepada Whatsapp, agar perkhidmatan tersebut dapat mula menyekatnya dalam aplikasi tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.